Utusan Borneo (Sabah)

Bangunan lama tarikan pelancong ke Kuching

-

KUCHING: Projek ubah suai bangunan lama bersejarah kepada tempat makan dan penginapan menjadi trend di bandar raya ini pada masa kini sebagai salah satu daripada tarikan pelancong.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, usaha ini bukan sahaja memelihara warisan sejarah di bandar raya ini tetapi pada masa yang sama memberi manfaat ekonomi kepada pemiliknya.

“Saya harus berterima kasih kepada usahawan-usahawan yang telah cuba memberi nafas baharu dan tujuan baharu kepada bangunanba­ngunan lama seperti Marian Boutique Lodging House hari ini.

“Saya faham untuk mengubah suai bangunan seperti ini menelan kos yang tinggi dan ini merupakan satu langkah berani oleh pengurusan Marian Boutique Lodging House sejajar dengan agenda kerajaan untuk meningkatk­an status industri pelanconga­n di bandar raya ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya sempena perasmian pembukaan Marian Boutique Lodging House yang terletak di Wayang Street di sini semalam.

Teks ucapan Abang Johari dibacakano­lehMenteri­Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Tambah Abang Johari, kejayaan projek yang sama seperti mengubah pekan Siniawan menjadi tempat makan memberi keyakinan bahawa projek seperti itu berpotensi untuk berjaya.

“Hotel sahaja tidak dapat membawa pelancong dan perlu ada tarikan lain untuk membuatkan orang cinta dan mahu datang ke Kuching ini.

“Saya yakin kita tidak kekurangan tempat menarik seperti Muzium Sarawak lama yang ditambah kepada Kampus Muzium Sarawak dan banyak lagi tempat menarik lain,” katanya.

Sementara itu Karim dalam ucapannya berharap lebih ramai penggiat industri akan melakukan usaha yang sama mengubah suai bangunan lama menjadi tempat tarikan pelancong.

Sehubungan itu beliau akan berbincang dengan Ketua Menteri bagaimanak­erajaandap­atmembantu para usahawan memelihara bangunan lama bersejarah kepada tarikan baharu.

Rumah penginapan ini telah dibuka pada 15 Mei lepas dan dalam tempoh kurang daripada dua bulan telah disenaraik­an sebagai 23 daripada 55 hotel di Kuching oleh Trip Advisor.

Bangunan ini pernah menjadi rumah asrama bagi St Mary pada 1933 sebelum diambil alih oleh Diocesan Centre sebagai rumah tetamu pada 1968 hingga kerjakerja pengubahsu­ian kepada Marian Boutique Lodging House pada 2013.

Turut hadir Bishop Anglikan Kuching Datuk Bolly Lapok, Timbalan Speaker DUN Datu Gerawat Gala, Menteri Muda Belia dan Sukan Snowdan Lawan, Pengarah Marian Boutique Lodging House Rosemarie Wong, Datin Zuraini Abdul Jabbar serta yang lain.

 ??  ?? KARIM (tiga kanan) membunyika­n loceng sebagai simbolik perasmian pembukaan Marian Boutique Lodging House di Kuching. Turut kelihatan Gerawat (kiri), Rosemarie, Zuraini, Bolly dan Snowdan.
KARIM (tiga kanan) membunyika­n loceng sebagai simbolik perasmian pembukaan Marian Boutique Lodging House di Kuching. Turut kelihatan Gerawat (kiri), Rosemarie, Zuraini, Bolly dan Snowdan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia