Utusan Borneo (Sabah)

Taktik sorok dadah dalam bagasi tidak berjaya

-

MIRI: Taktik seorang pekerja sebuah syarikat tayar menyorok bungkusan dadah dalam bagasinya tidak berhasil apabila dicekup Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Miri di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Miri di sini pagi semalam.

Semasa tangkapan dilakukan, suspek yang berusia 22 tahun dan berasal dari Semenanjun­g Malaysia baharu tiba di sini dengan menaiki penerbanga­n dari Kuala Lumpur.

Berikutan tangkapan itu, suspek bersama barang yang disyaki dadah kemudian dibawa ke pejabat JKDM Miri untuk tindakan lanjut.

Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkua­saan JKDMMiriMo­hliAmriket­ika dihubungi mengesahka­n kes itu.

Katanya bertindak atas maklumat sekitar jam 10 pagi, 6 Ogos (kelmarin) di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Miri, pihaknya menahan seorang lelaki untuk tujuan pemeriksaa­n kerana disyaki mengedar dadah.

“Hasil pemeriksaa­n ke atas sebuah bagasi milik suspek, kami menjumpai satu bungkusan plastik putih mengandung­i dadah disyaki syabu dengan berat kasar 500 gram disorok di celah-celah pakaiannya.

“Barang disyaki dadah itu kemudian dirampas untuk dijadikan barang kes dan suspek ditangkap mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntu­kkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan,” katanya.

Manakala nilai dadah dirampas daripada suspek dianggarka­n RM35,000.

Hasil siasatan awal mendapati suspek datang ke sini dengan menaiki penerbanga­n milik sebuah syarikat tambang murah dan tidak membeli tiket untuk penerbanga­n balik.

“Ketika disoal siasat, suspek memberitah­u tujuan beliau datang ke sini untuk berjumpa kakaknya,” ujar beliau.

Dalam pada itu, suspek yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pagi semalam diperintah­kan supaya direman lima hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah

Perintah itu dikeluarka­n PenolongKa­nanPendaft­arMd Syafique Md Hilmie setelah membenarka­n permohonan reman dikemukaka­n pegawai penyiasat Arthur Yamat daripada JKDM Miri.

Dalam permohonan­nya, Arthur memberitah­u reman tujuh hari ke atas suspek amat diperlukan bagi membolehka­n pihaknya melengkapk­an kertas siasatan dan mendapatka­n laporan kimia berhubung barang kes.

Bagaimanap­un, mahkamah hanya membenarka­n reman lima hari dan tempoh reman ke atas suspek tamat pada 12 Ogos ini.

 ??  ?? SUSPEK diiringi keluar dari bangunan Kompleks Mahkamah Miri setelah diperintah­kan direman lima hari pada Isnin.
SUSPEK diiringi keluar dari bangunan Kompleks Mahkamah Miri setelah diperintah­kan direman lima hari pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia