Utusan Borneo (Sabah)

Bapa ditahan bantu siasatan dera bayi

-

LUNDU: Curiga dengan kesan cedera, polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes dera bayi perempuan berusia setahun 11 bulan di Kampung Opek di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Lundu DSP Wong Chee Keong ketika dihubungi berkata suspek berusia 18 tahun itu merupakan bapa kepada bayi tersebut.

Menurutnya, kini siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta KanakKanak 2001.

Mengulas lanjut, Wong berkata seorang kanak-kanak perempuan telah dihantar ke Wad Kecemasan Hospital Daerah Lundu oleh ibu bapanya dalam keadaan cedera di bahagian muka, tangan dan kaki.

“Setelah pemeriksaa­n lanjut dijalankan, didapati kanak-kanak itu mengalami kecederaan lebam di muka, kaki dan tangan.

“Imbasan x-ray mendapati terdapat kesan patah lama dan baharu di lengan dan pergelanga­n tangan kanan mangsa,” katanya.

Mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, mangsa sebelum ini dikatakan terjatuh yang menyebabka­n mukanya terhantuk pada tulang pipi bapanya pada Sabtu lalu.

Hantukan itu telah mengakibat­kan bahagian dahi mangsa lebam dan bertambah serius sejak pagi Ahad.

Susulan itu ahli keluargany­a membawa bayi berkenaan ke hospital untuk mendapatka­n rawatan.

Bagaimanap­un kesan cedera yang dialami mangsa tersebut amat mencurigak­an sebelum laporan polis dibuat.

Wong berkata suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Lundu untuk siastan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia