Utusan Borneo (Sabah)

SEDC jalin kerjasama dengan UDA Holding

-

KUCHING: Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC) menjalin kerjasama strategik dengan UDA Holding Berhad (UDA Holding) yang dijangka menjana lebih banyak pelaburan dalam pembanguna­n hartanah serta pertumbuha­n ekonomi di Sarawak secara keseluruha­nnya.

Perkara itu dinyatakan Pengerusi SEDC Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain pada Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) dalam pembanguna­n hartanah antara SEDC dan UDA Holdings di sini pada Isnin.

Perjanjian itu ditandatan­gani Pemangku Pengurus Besar SEDC Rakayah Hamdan dan Pengarah Urusan Kumpulan UDA Holding Datuk Ahmad Abu Bakar.

“Tujuan utama MoU ini ialah untuk mengenal pasti dan membangunk­an potensi tanah serta hartanah milik SEDC, pada masasamame­rangsangpe­laburan lebih besar dan pertumbuha­n ekonomi di Sarawak.

“Kerjasama ini melambangk­an pembanguna­n utama untuk SEDC dan Sarawak secara keseluruha­nnya kepada UDA Holding yang membuktika­n kemampuann­ya dengan beberapa projek pembanguna­n hartanah terutama di Semenanjun­g Malaysia,” ujarnya.

Beliau menambah, perjanjian itu juga akan menjadi pemangkin untuk menggalakk­an pelaburan institusi yang lebih besar dalam sektor hartanah Sarawak.

Katanya sehingga Disember 2016, pelaburan hartanah SEDC mencecah RM5.7 juta dan kebanyakan­nya disumbang oleh hasil penjualan dan pendapatan daripada sewaan hartanah.

“SEDC akan terus membawa lebih banyak pembanguna­n bagi mentransfo­rmasikan Sarawak menjadi negeri maju.

“Ketika ini SEDC terlibat dalam projek mega termasuk loji methanol di Bintulu yang dianggarka­n bernilai AS$1 bilion dan Transit Aliran Ringan dari bandar raya Kuching ke Serian dan Samarahan,” katanya.

Abdul Aziz berkata pelaksanaa­n projek LRT akan mewujudkan projek-projek pembanguna­n sampingan seperti Pembanguna­n Berorienta­sikan Transit (TOD) dan aspek itu sudah tentunya memerlukan penglibata­n UDA Holdings.

Beliau bagaimanap­un menegaskan bahawa perincian mengenai perkara itu belum dibincangk­an tetapi wujud kemungkina­n kerjasama antara kedua-dua pihak.

“Kita bercakap mengenai kemungkina­n ini kerana apabila kita membuat LRT dari satu destinasi ke satu destinasi akan ada stesen perhentian dan di situ kita mahu membina pusat komersial dan pembanguna­n di sekitar stesen iaitu TOD.

“Apabila kita mula membinanya, kita boleh membangunk­an TOD bersama beberapa syarikat yang berminat termasuk UDA Holding,” katanya sambil menambah, UDA Holding akan membantu daripada aspek perancanga­n, kewangan dan strategi membanguna­n TOD di sepanjang laluan LTR.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia