Utusan Borneo (Sabah)

Acer perkenal peranti menarik

Sempena program ‘Acer Day for Sabah’

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Acer memperkena­lkan pelbagai peranti menarik untuk para pemain permainan komputer termasuk komputer riba skrin melengkung pertama di dunia iaitu Predator 21X. Predator 21X dan peranti Acer lain itu diperkenal­kan pada acara yang dianjurkan oleh Acer Malaysia iaitu ‘Acer Day for Sabah’, di sini pada Selasa.

Peminat permainan komputer di Sabah juga boleh melihat sendiri produk permainan baharu Acer Malaysia dari permainan yang hebat hingga kasual dengan penawaran pengkomput­eran yang cekap.

Predator Helios 300 yang mengetuai antara produk baharu Acer turut dinantinan­tikan oleh orang ramai.

Ia memaparkan ciri AeroBlade 3D milik Acer yang terbaikiai­tubilahkip­asternipis di dunia dan peningkata­n 35 peratus prestasi aliran udara serta Acer Nitro 5 dengan teknologi Acer Coolboost untuk mengawal suhu peranti yang terbaik.

Kedua-dua peranti berkenaan menawarkan penyelesai­an masalah peningkata­n suhu dan memastikan sistem pengoperas­ianberjala­ndengan optimum pada suhu yang rendah ketika digunakan.

Predator 21X yang juga berada di senarai teratas sekali gus telah meletakkan kedudukan jenamah Predator Acer dalam arena permainan video ke tahap lebih tinggi yang dapat memberi manfaat kepada pelanggann­ya.

Pengurus Cawangan Acer Malaysia Kota Kinabalu Perry Chong berkata Acer akan terus menawarkan produk mereka dengan inovasi yang baharu, bermakna dan mempunyai prestasi terbaik bagi mengetuai industri dengan teknologi serta penyelesai­an masalah yang dihadapi oleh peranti mereka sebelumnya.

“Produk kami direka khas melalui inisaitif pengguna, dengan peningkata­n penggunaan yang lebih baik untuk memenuhi keperluan sebenar pelanggan kami.

“Kami amat teruja untuk memperkena­lkan peranti permainan dan gaya hidup kami dengan ciri-ciri inovatif termasuk generasi ketiga peminat AeroBlade 3D baharu, teknologi Acer Coolboost, sistem penyejukan kipas Acer Liquid Loop dan komputer riba skrin melengkung pertama di dunia,” katanya.

Acer turut memperkena­lkan peranti lain pada acara berkenaan adalah Acer Switch 5, Aspire 3, Aspire U27, Z24, Predator XB272 monitor, Aspire GX781 dan H7850 projector.

Bersempena Hari Acer yang bertemakan ‘Be Cool

Everyday’, orang ramai kini boleh menyertai cabaran harian dalam talian yang menarik untuk mengumpul mata dan berpeluang untuk memenangi hadiah hebat yang terdiri daripada Acer Nitro 5, Swift 5 serta Spin 5.

Mulai 3 Ogos hingga 30 September, pelanggan akan menerima baucer membelibel­ah bernilai RM50 apabila membuat pembelian model Acer terpilih yang bernilai di bawah RM2,999.

Turut hadir, Pengurus Produk Acer Malaysia Edmund Hoh, Pengurus Kawasan Acer Malaysia (Miri dan Brunei Darussalam) Richard Soo, Pengurus Produk Acer Malaysia Jeffrey Lai, Penolong Pengurus Pemasaran Acer Malaysia Roseanne Ho dan Pengarah Jualan Acer Malaysia Jerry Soon.

“Acer

akan terus menawarkan produk mereka dengan inovasi yang baharu, bermakna danmempuny­aiprestasi­terbaikbag­imengetuai industri dengan teknologi serta penyelesai­an masalah yang dihadapi oleh peranti mereka sebelumnya.” PERRY CHONG Pengurus Cawangan Acer Malaysia Kota Kinabalu

 ??  ?? DARI kiri: Edmund, Richard, Jeffrey, Roseanne, Jerry dan Perry merakamkan gambar kenangan pada pelancaran kempen Be Cool Everyday.
DARI kiri: Edmund, Richard, Jeffrey, Roseanne, Jerry dan Perry merakamkan gambar kenangan pada pelancaran kempen Be Cool Everyday.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia