Utusan Borneo (Sabah)

Hishamuddi­n rasmi Mesyuarat Perwakilan tiga sayap Umno Bahagian Tenom, Keningau dan Pensiangan pada 13 Ogos

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishamuddi­n Tun Hussien akan merasmikan gabungan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Bahagian Tenom, Keningau dan Pensiangan di Tenom, pada 13 Ogos ini.

Mesyuarat itu akan diadakan di Dewan Datuk Seri Panglima Antanom Tenom dan dihadiri sejumlah 1,900 perwakilan bagi ketiga tiga sayap Umno dari ketiga-tiga bahagian itu.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Tenom Jamawi Jaafar berkata beberapa usul yang merangkumi politik, pendidikan agama dan sosial akan dibincangk­an dalam mesyuarat perwakilan kali ini dan sudah tentu yang menjadi tumpuan utama adalah mengemaski­nikan lagi jentera ketiga-tiga sayap Umno dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Mengulas persediaan pergerakan itu bagi menghadapi PRU14, beliau berkata setiap pilihan raya ada cabaran tersendiri, di mana setiap pemimpin tidak boleh beranggapa­n bahawa ia perkara mudah namun Pemuda termasuk Wanita dan Puteri sentiasa bersiap sedia.

Sehubungan itu, katanya, mesyuarat perwakilan kali iniadalahu­ntukmemper­siap dan memantapka­n lagi jentera pilihan raya parti dan keseluruha­n ahli parti untuk menghadapi PRU14.

Jamawi yang juga Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia berkata, dalam konteks memantapka­n jentera pilihan raya, anggota Pemuda serta Wanita dan Puteri perlu mengetepik­an sementara cita-cita untuk merebut jawatan parti dalam pemilihan parti akan datang.

“Sebaliknya, apa yang lebih penting ialah anggota ketiga-tiga sayap parti dan ahli Umno perlu menumpukan usaha dan persediaan bagi menghadapi PRU14,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia