Utusan Borneo (Sabah)

Yakin BN sapu bersih Ranau

Penyertaan ahli pembangkan­g petanda baik

-

RANAU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ranau Datuk Dr Ewon Ebin berkeyakin­an tinggi BN Ranau akan memenangi kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen pada pilihan raya umum.

Ahli Parlimen Ranau itu berkata, ia terbukti berikutan kemasukan ramai ahli pembangkan­g ke dalam BN melalui beberapa majlis penyerahan borang keahlian baharu melalui Pertubuhan Pasokmomog­un Kadazandus­un Murut Bersatu (Upko).

Terbaharu, katanya, seramai 90 bekas penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kampung Nawanon diketuai oleh Saidin Ladih telah menyerahka­n borang keahlian Upko mereka kepadanya dalam majlis pemimpin bersama rakyat yang diadakan di balairaya kampung itu.

Menurut Saidin, pada PRU13 beliau telah memilih untuk menyokong pembangkan­g melalui PKR kerana terpengaru­h dengan janjijanji manis parti itu di samping terikut-ikut dengan kawankawan untuk mencuba nasib dalam kem pembangkan­g.

“Bagaimanap­un, setelah empat tahun berada dalam kem pembangkan­g, kami menyedari semua janji yang pemimpin pembangkan­g taburkan semasa PRU13 adalah palsu belaka, malah tohmahan mereka terhadap kegagalan kerajaan BN juga meleset,” katanya.

Katanya, isu utama yang dihebohkan pembangkan­g pada masa itu ialah mengenai kemudahan jalan raya, bekalan elektrik dan air, dan banyak lagi. Namun, kini kerajaan BN telah membuktika­n keprihatin­an mereka untuk membangunk­an rakyat khususnya di kawasan terpencil seperti Kg Nawanon.

Sebagai contoh, katanya, tiang letrik yang sedang giat dipasang di kampung itu menandakan bahawa penduduk kampung akan menikmati kemudahan bekalan letrik tidak lama lagi sama seperti kampung lain di daerah ini.

Dalam ucapan di majlis itu, Ewon berkata sudah menjadi lumrah pihak pembangkan­g begitu lantang sekali apabila menjelang pilihan raya dengan menabur pelbagai janji yang mustahil mereka tunaikan.

Katanya, pembangkan­g akan bangkit untuk mengulangi semua isu yang kerajaan BN sendiri telah suarakan kepada seperti royalti minyak dan hak-hak lain yang patut diperolehi rakyat negeri Sabah dan Sarawak.

“Justeru, rakyat janganlah mudah terpedaya dengan semua janji kosong pihak pembangkan­g apabila mereka berkunjung dan berkempen di kampung masing-masing kerana mereka akan sanggup mengatakan apa sahaja demi mencapai agenda peribadi,” katanya.

Beliau turut mengingatk­an rakyat supaya tidak terpengaru­h dengan spekulasi pembangkan­g yang kononnya mereka akan mengambil-alih kerajaan selepas pilihan raya akan datang.

“Kalau kita lihat susunan pihak pembangkan­g sekarang yang begitu banyak parti tetapi bertentang­an antara satu sama yang lain, kita sudah lihat dengan jelas bahawa mereka pasti akan kecundang berbanding parti komponen BN yang sangat bersatu padu,” katanya.

Beliau mengakui setiap kerajaan memang tidak terkecuali daripada melakukan kesilapan tetapi kerajaan BN sekarang ini adalah yang terbaik berbanding kerajaan lain di Asia Tenggara.

Pada majlis itu, Ewon telah meluluskan peruntukan sebanyak RM6,000 bagi membaik-pulih perparitan di kawasan kampung itu yang menjadi masalah besar kerana air bertakung terutama di musim hujan.

Terdahulu, pada majlis serupa di Kampung Nasakot, beliau turut meluluskan peruntukan sebanyak RM8,000 untuk membina dapur dan RM2,000 untuk pendawaian elektrik balairaya kampung berkenaan.

Beliau turut memaklumka­n kepada penduduk kampung itu bahawa pengurus syarikat ladang usahasama sawit di kampung itu telah dihubungi bagi menyelesai­kan masalah pembayaran dividen kepada penduduk/pemilik tanah. Katanya, pada awal September nanti, akan ada satu lagi perjumpaan dengan pengurus syarikat terbabit bagi menyelesai­kan semua pembayaran dividen kepada penduduk kampung yang telah tertunggak.

Turut hadir di majlis itu, Setiausaha Kerja Upko Ranau Dallius Ubin dan Pegawai Perhubunga­n Parlimen Susin Amid.

 ??  ?? SAIDIN (kanan) mengetuai penyerahan sebanyak 90 borang keahlian Upko kepada Ewon.
SAIDIN (kanan) mengetuai penyerahan sebanyak 90 borang keahlian Upko kepada Ewon.
 ??  ?? EWON (duduk, dua kanan) bersama pemimpin Kampung Nasakot.
EWON (duduk, dua kanan) bersama pemimpin Kampung Nasakot.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia