Utusan Borneo (Sabah)

Fahami prosedur rawatan dan perubatan bantu masyarakat

-

KOTA KINABALU:Warga Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) di negeri ini disaran terus meningkatk­an mutu perkhidmat­an merangkumi aspek rawatan dan perubatan kepada masyarakat.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Christina Rundi berkata, mereka perlu memahami protokol perubatan semasa dan menghayati prosedur serta fasiliti perubatan yang wujud di peringkat negeri dan hospital.

Katanya, setiap warga di bawah KKM khususnya yang bertugas di hospital mempunyai kelebihan kerana mereka lebih mampu menyelami sebarang keresahan dan kegusaran pesakit sekiranya memahami prosedur rawatan dan protokol perubatan semasa berbanding masyarakat umum.

“Sehubungan itu, gunakan kelebihan itu dengan memberi perkhidmat­an penuh bijaksana berpanduka­n prosedur yang ditetapkan dan hindari diri daripada sebarang prasangka negatif yang mampu mengundang kecaman, keselamata­n seterusnya menjejaska­n imej dan reputasi organisasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Keselamata­n dan Kesihatan Pekerja di Fasiliti Perubatan anjuran Unit Keselamata­n Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dengan kerjasama Unit Keselamata­n Awam HQE bertempat di Auditorum Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada Isnin.

Lebih 100 peserta terdiri kalangan pegawai kesihatan negeri dan daerah pelbagai jawatan hadir pada seminar yang berlangsun­g selama dua hari itu.

Seminar antara lain memberi pendedahan kepada para peserta berhubung tugas dan tanggungja­wab penyelaras keselamata­n serta kesihatan pekerja (OSH) di peringkat hospital dan klinik.

Antara kertas kerja yang dibentang termasukla­h garis panduan menangani kekerasan pelanggan terhadap anggota KKM serta garis panduan berhubung keselamata­n kebakaran di peringkat hospital.

Hadir sama di majlis itu ialah Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Dr William Gotulis serta Ketua Unit Kesihatan Awam HQE Dr Avinash K Chand yang turut bertindak sebagai pembentang kertas kerja seminar.

 ??  ?? DR CHRISTINA menerima risalah berhubung kaedah keselamata­n dan kesihatan pekerja.
DR CHRISTINA menerima risalah berhubung kaedah keselamata­n dan kesihatan pekerja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia