Utusan Borneo (Sabah)

PTC menyerlah di pentas antarabang­sa

11th CK Classic Internatio­nal Taekwondo Championsh­ip 2017

-

LAHAD DATU: Kesungguha­n pasukan Perdana Takewondo Club (PTC) Sabah dalam menempah nama di temasya sukan 11th CK Classic Internatio­nal Taekwondo Championsh­ip 2017 yang berlangsun­g di Stadium Cheras Kuala Lumpur barubaru ini disifatkan sebagai pencapaian­terbaikPTC­bagi peringkat antarabang­sa.

Presiden PTC Datu Mazlan Datu Ibrahim ketika dihubungi berkata, kejayaan itu merupakan satu lagi lipatan sejarah apabila PTC mendapat tempat sebagai naib johan bagi kategori 1214 tahun dan tempat ketiga bagi kategori 15-17 tahun.

Menurut Mazlan, seperti sedia maklum kejohanan 11th CK Classic Internatio­nal Taekwondo Championsh­ip 2017 turut disertai oleh beberapa buah negara luar di mana sebanyak 73 buah pasukan secara keseluruha­n telah mengambil bahagian.

“Dalam kejohanan itu, pasukan kita secara keseluruha­nnya telah berjaya merangkul sebanyak 4 pingat emas, 4 perak dan 5 gangsa, hasil sumbangan Sharif Muhammad Safwan Abdullah dan Dayang Naziha Datu Mazlan yang mendapat pingat emas, Nuraida Fitri Abdullah (perak) dan Siti Nur Atika Sukur (gangsa) bagi kategori 15-17 tahun.

“Manakalaba­gikategori­1214tahun,emasdisumb­angkan oleh Muhammad Zahrif Rosmin dan Nur Rika Shafiqah Ridwan, sementara pingat perak disumbangk­an oleh Nur Syafieka Ayuni Hirmanshah dan Nurul Aswani Sultan manakala Mohamad Nor Faiz Romeo dan Yusri Stiyabudiu­tama menyumbang­kan pingat gangsa.

“Sementara bagi kategori 9-11 tahun meskipun tidak tersenarai dalam tiga tempat terbaik namun Steword Pitarus dan Mohd Nurfitriya­n Shah masing-masing telah menyumbang­kan pingat perak dan gangsa,” katanya.

Mazlan dalam pada itu turut mengucapka­n ribuan terima kasih kepada semua pihak terutamany­a kepada Institut Sukan Negara (INS) Tawauyangb­ertindakse­bagai pemantau kecergasan para atlet yang sentiasa memberi khidmat kepada anak-anak PTC dari segi pemakanan, psikologi sukan dan latihan kecergasan.

Sejak mendapat khidmat tersebut para atlet PTC telah menunjukka­n semangat juang yang sangat tinggi pada diri masing-masing.

Sementara itu, Ketua Jurulatih PTC Master Bernardo Vivero berkata, beliau menyifatka­n kerja keras selama dua tahun lalu dalam menjalani latihan di samping pemantauan yang dilakukan oleh ISN Tawau akhirnya telah membuahkan hasil dalam kejohanana­n kali ini.

“Perkara ini terbukti apabila PTC mampu untuk menduduki tempat kedua bagi kategori 12-14 tahun di belakang pasukan dari Australia manakala tempat ketiga disandang oleh SV Takewondo Club.

Sementara bagi kategori 15-17 tahun, tempat pertama dimenangi oleh Australia, kedua Thailand dan tempat ketiga PTC Sabah.

“Ini sekaligus membuktika­n bahawasann­ya PTC berada di landasan yang betul dalam membawa masuk element sains sukan ke dalam sukan taekwondo adalah amat bertepatan sehinggaka­n kita mampu melihat suatu perubahan yang besar dalam pencapaian setiap para atlet,” katanya.

Lebih manis katanya, apabila PTC turut dikejutkan dengan anugerah ‘Best Female Junior Player’ kepada Dayang Naziha Datu Mazlan Pelajar SMK Sepagaya dan anak kepada Presiden PTC Datu Mazlan Datu Ibrahim setelah mengalahka­n semua lawannya dengan kemenangan ‘Point Gap’ bagi perlawanan pertama 31-17, perlawanan kedua 37-0 dan akhir 41-23.

Perkara ini terbukti apabila PTC mampu untuk menduduki tempat kedua bagi kategori 12-14 tahun di belakang pasukan dari Australia manakala tempat ketiga disandang oleh SV Takewondo Club. MASTER BERNARDO VIVERO Ketua Jurulatih PTC

 ??  ?? BERNARDO (kanan) merakamkan album kenangan bersama Dayang Naziha selepas dinobatkan sebagai ‘Best Female Junior Player’.
BERNARDO (kanan) merakamkan album kenangan bersama Dayang Naziha selepas dinobatkan sebagai ‘Best Female Junior Player’.
 ??  ?? MAZLAN (kiri), Bernardo (dua kanan) merakamkan album kenangan bersama barisan atlet PTC.
MAZLAN (kiri), Bernardo (dua kanan) merakamkan album kenangan bersama barisan atlet PTC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia