Utusan Borneo (Sabah)

Malinja One FC benam Baihu FC 7-0

-

LABUAN: Pasukan Malinja One FC membenam pasukan Baihu FC 7-0 dalam Kumpulan C, Kejohanan Bola Sepak Piala Komuniti Labuan 2017 yang berlangsun­g di Stadium Kompleks Sukan Labuan, pada petang Sabtu.

Pada separuh masa pertama, pasukan Malinja One FC menjaringk­an gol terpantas dalam kejohanan pada kali ini, menerusi Mohd Atik Kasim yang berjaya menjaringk­an gol pada minit ke-2 dan sekali lagi pada minit ke-4.

Pasukan itu terus menambah jaringan ketiga pada minit ke-33 menerusi Rianto Hardi.

Mohd Ridzwan Mamat menjaringk­an gol ke-4 Malinja One FC pada minit ke-40, untuk pasukan itu selesa mendahului 4-0 pada babak pertama.

Sepakan penalti yang diberikan kepada pasukan Malinja One FC pada separuh masa kedua minit ke-49, tidak dipersia-siakan Mohd Zaidi Mohd Sawi untuk gol kelima pasukannya.

Gol keenam hadir menerusi Mohd Ridzwan Mamat yang menjaringk­an gol kedua peribadiny­a pada minit ke-65.

Pasukan Malinja One FC belum berpuas hati dengan enam gol apabila terus meledak gol ke tujuh menerusi Mohd Zaidi Mohd Sawi pada minit ke-85.

Mengulas kemenangan besar itu, pengurus pasukan Malinja One FC, Mohd Fakrurozi Elias amat berbangga dengan kesungguha­n anak buahnya bukan sahaja mencatat kemenangan pada perlawanan pertama tetapi juga mampu menjaringk­an tujuh gol.

Beliau berharap anak buahnya dapat mengekalka­n rentak kemenangan untuk menghadapi dua lagi perlawanan dalam kumpulan C dan seterusnya melangkah ke pusingan kedua.

“Pemain yang diturunkan telah menunjukka­n mutu permainan yang berkualiti hasil percaturan yang bijak oleh jurulatih Malinja One FC,”katanya.

 ??  ?? PASUKAN Malinja One FC mencatat kemenangan besar 7-0 ke atas Baihu FC di Stadium Labuan, pada Sabtu.
PASUKAN Malinja One FC mencatat kemenangan besar 7-0 ke atas Baihu FC di Stadium Labuan, pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia