Utusan Borneo (Sabah)

TABS-CIMB Foundation kendali Klinik Kejurulati­han Penjaga Gol

-

KOTA KINABALU: Timbalan Pengerusi TABS Safa Bandaraya, Lokman Sunggim menyifatka­n Klinik Kejurulati­han Penjaga Gol sebagai satu program yang baik bagi memberi pendedahan kepada para jurulatih penjaga gol dan pelatihpel­atih penjaga gol untuk menambah pengalaman sekali gus meningkatk­an kualiti mereka.

Katanya,klinikseum­pama ini akan diteruskan pada masa akan datang dan berharap jurulatih-jurulatih yang berpengala­man akan terus memberi kerjasama menjayakan­nya.

Klinik kejurulati­han dua hari itu dikendalik­an oleh jurulatih penjaga gol skuad Piala Belia Sabah, Jasrih Jabidin dan dibantu penjaga gol simpanan skuad Liga Perdana Sabah, Sakri Masri.

Ia disertai kira-kira 30 peserta termasuk jurulatih penjaga gol dan penjaga gol muda dari sekitar Kota Kinabalu.

Berucap pada penutupan klinik tersebut di padang Kompleks Sukan Likas di sini, Lokman mengucapka­n penghargaa­n dan terima kasih kepada jurulatih Jasrih Jabidin kerana sudi meluangkan masa untuk mengendali­kan program tersebut.

“Bagi pihak pengurusan TABS Safa Bandaraya, kita juga ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan klinik dua hari itu,” katanya.

Beliau berkata, selain menjalanka­n program pembanguna­n bolasepak akar umbi, TABS juga akan berusaha mengadakan program lain untuk jurulatih dan pemain bagi membolehka­n mereka dapat terus menimba pengalaman dan meningkatk­an kualiti masing-masing.

Menurutnya, selepas ini TABS merancang mengadakan kursus refresher untuk para jurulatih TABS dan jurulatih jemputan yang akan dikendalik­an instrukter Gopalkhris­nan di Kota Kinabalu dalam masa terdekat.

Turut hadir pada majlis penutupan klinik itu ialah Ketua jurulatih TABS Safa Bandaraya, Matasan Ahmad dan bendahari TABS, Michael Wong.

 ??  ?? LOKMAN (dua dari kiri) menyatakan sesuatu pada majlis penutupan klinik kejurulati­han sambil diperhatik­an jurulatih Jasrih Jabidin (dua dari kanan) yang mengendali­kan klinik dua hari itu.
LOKMAN (dua dari kiri) menyatakan sesuatu pada majlis penutupan klinik kejurulati­han sambil diperhatik­an jurulatih Jasrih Jabidin (dua dari kanan) yang mengendali­kan klinik dua hari itu.
 ??  ?? PENJAGA gol skuad Liga Perdana Sabah, Sakri Masri menerima cenderaken­angan daripada Lokman.
PENJAGA gol skuad Liga Perdana Sabah, Sakri Masri menerima cenderaken­angan daripada Lokman.
 ??  ?? PESERTA yang mengikuti Klinik Kejurulati­han Penjaga Gol TABS - CIMB Foundation itu.
PESERTA yang mengikuti Klinik Kejurulati­han Penjaga Gol TABS - CIMB Foundation itu.
 ??  ?? LOKMAN menyampaik­an cenderahat­i kepada jurulatih Jasrih Jabidin.
LOKMAN menyampaik­an cenderahat­i kepada jurulatih Jasrih Jabidin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia