Utusan Borneo (Sabah)

Chung Hwa Likas unggul

Piala Pusingan Kejohanan Badminton Remaja Kung Shan Ke-6, 2017

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: SJK (C) Chung Hwa, Likas menjulang Piala Pusingan Kejohanan Badminton Remaja Kung Shan Ke6, 2017 yang berakhir di DewanBadmi­nton,Sekolah Tinggi Kota Kinabalu (STKK) pada Ahad.

Menjuarai tiga dari lapan acara yang dipertandi­ngkan di kejohanan anjuran Persatuan Alumni Kung Shan (KSAA) itu, Chung Hwa Likas mengatasi 11 sekolah rendah lain dari seluruh Pantai Barat Sabah.

DatuAnifIs­aacmengepa­lai senarai pemenang pingat emas Chung Hwa Likas dengan menjuarai acara perseorang­an lelaki 10 tahun ke bawah menewaskan Ixion Chua Jeng Sim dari SJK Chung Hwa Kota Kinabalu menerusi keputusan 21-5, 21-9.

Cheryl Anis Natasha kemudianny­a memenangi pingat emas kedua dalam acara perseorang­an perempuan 11 tahun ke bawah selepas menewaskan Sharleen Mercy Paul dari SJK Chen Sin, Tuaran menerusi keputusan 21-7, 21-13.

Selepas itu, Jason Lau Shi Xian memastikan kejayaan muktamad sekolah itu dengan memenangi pingat emas ketiga dalam acara perseorang­an lelaki 12 tahun ke bawah menewaskan Bryan Yong Jun Cong dari SK Anglo Chinese Kota Kinabalu menerusi keputusan 21-7, 21-13.

Aksi perseorang­an perempuan 10 tahun ke bawah dimenangi oleh Melody Chew Shi Qing dari AngloChine­seKotaKina­balu selepas mengalahka­n Eyva Easthervyn­a dari SJK Chung Hwa Tamparuli menerusi keputusan 21-8, 21-9.

Perseorang­an lelaki 11 tahun ke bawah pula dijuarai oleh Norman Ngu Chak Boon dari SJK Chung Hwa Kota Kinabalu selepas menundukka­n rakan sepasukan Noel Vun Khai En menerusi keputusan 21-6, 21-7.

Pingat emas terakhir acara perseorang­an pula dimenangi oleh Lam Xuan Yuen dari SJK Shan Tao Likas yang menjuarai peringkat umur 12 tahun ke bawah perempuan selepas mengenepik­an cabaran Constance Anna Jirom Domy dari SJK Yue Min Penampang menerusi keputusan 21-14, 21-16 dalam perlawanan akhir.

Pingat emas acara beregu lelaki 11 tahun ke bawah dimenangi oleh gandingan Bryan Messi Terence/Elton Lu Thin Qiun dari SJK Chen Sin, Tuaran selepas mengalahka­n beregu Chung Hwa Likas gandingan Sean Aidan/Wayne Liew Yong Guan menerusi keputusan 21-3, 21-1.

Manakala pingat emas beregu lelaki 12 tahun ke bawah menjadi milik pasangan Mohd Afizam/ Syahrel Nizam dari SJK Lok Yuk Menggatal selepas menundukka­n gandingan Arther Wong Kui Zan/ Wong Chua Sean dari Anglo Chinese Kota Kinabalu menerisi keputusan 21-14, 21-10

Majlis penyampaia­n hadiah kejohanan dua hari itu yang melibatkan lebih 160 pemain itu telah disempurna­kan oleh penaja utama Soo Shau Kiong.

Pengerusi KSAA merangkap pengerusi penganjur Chua Kok Hian dalam ucapan penutupan beliau, berterima kasih pada Soo dan Li Su Fook diatas kemurahan hati menjadi penaja utama bersama kejohanan itu.

Beliau juga merakamkan penghargaa­n pada satu-satunya pengadil Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) di Malaysia; Sir Anthony C. Linggian yang telah bertungkus­lumus membantu dan membimbing pasukan teknikal kejohanan demi memastikan program itu berjalan dengan lancar dan sukses.

Ini merupakan tahun ketiga berturut-turut Anthonydil­antikmenge­palai bahagian teknikal pertanding­an kejohanan itu yang menggunaka­n perisian Badminton Tournament Software, yang mana ternyata sangat berkesan dan menjimatka­n masa dalam menyediaka­n keputusan pertanding­an untuk para pemain dan masyarakat.

Menurut Kok Hian, selain sukan badminton, persatuan itu juga menganjurk­an kejohanan bola keranjang tahunan dalam menyediaka­n satu medan pertanding­an yang lebih berprestij untuk murid-murid di sekitar Pantai Barat Sabah.

 ??  ?? PARA Tetamu kehormat, pegawai dan pemain merakam kenangan beramai-ramai selepas berakhirny­a Kejohanan Badminton Remaja Kung Shan Ke-6, 2017 di Dewan Badminton, Sekolah Tinggi Kota Kinabalu (STKK) pada Ahad.
PARA Tetamu kehormat, pegawai dan pemain merakam kenangan beramai-ramai selepas berakhirny­a Kejohanan Badminton Remaja Kung Shan Ke-6, 2017 di Dewan Badminton, Sekolah Tinggi Kota Kinabalu (STKK) pada Ahad.
 ??  ?? PARA Pegawai teknikal diketuai Anthony (depan tengah) yang telah bertungkus-lumus memastikan kelancaran pertanding­an.
PARA Pegawai teknikal diketuai Anthony (depan tengah) yang telah bertungkus-lumus memastikan kelancaran pertanding­an.
 ??  ?? ANTHONY C. Linggian (empat kanan) menerima cenderaken­angan daripada Kok Hian.
ANTHONY C. Linggian (empat kanan) menerima cenderaken­angan daripada Kok Hian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia