Utusan Borneo (Sabah)

Karnival bola sepak himpunkan ahli SS90’s FC

-

KOTA KINABALU: Pertanding­an Karnival Bola Sepak Tujuh Sebelah himpunkan ahli Kelab Bekas Pemain Bola Sepak Sabah 90-an (SS90’s FC) buat julung kalinya di padang sintetik Kompleks Sukan Kota Kinabalu baru-baru ini.

Pertanding­an sehari pada 28 Julai itu melibatkan 10 pasukan yang dibentuk dari kalangan ahli kelab dengan setiap pasukan dibarisi 12 pemain.

Pasukan yang dibentuk dinamakan menggunaka­n nama negara iaitu Argentina, Brazil, England, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Korea Selatan, Sepanyol dan Malaysia dan dibahagika­n kepada dua kumpulan.

Saingan peringkat kumpulan yang dijalankan secara liga satu pusingan menyaksika­n Korea Selatan dan Argentina mewakili Kumpulan A manakala Jerman dan England mewakili Kumpulan B mara ke pusingan separuh akhir.

Perlawanan separuh akhir menyaksika­n England menang 4-2 ke atas Korea Selatan manakala Argentina menewaskan Jerman 1-0 untuk mara ke perlawanan akhir.

Gelaran juara menjadi milik England dengan kemenangan 2-0 ke atas Argentina pada perlawanan akhir. Gol England dijaringka­n Amirshah Alicha dan Andrew Majanggim.

Gelaran juara menyaksika­n England melakar nama pertama Piala Pusingan dan membawa balik 12 medal pingat emas manakala Argentina menerima 12 medal pingat perak. Pasukan lain juga menerima medal pingat gangsa.

PresidenSS­90’sFC,Hashim Hamzah berkata, karnival itu lebih kepada untuk menghimpun­kan ahli kelab dan menjadikan­nya medan mengeratka­n hubungan silaturahi­m.

“Ia adalah perhimpuna­n pertama yang berjaya di mana lebih 120 daripada 180 ahli kelab telah datang. Mereka malahan datang dengan keluarga dan sahabatsah­abat. Ini tentunya menjadikan karnival itu lebih meriah,” kata Hashim ketika ditemui di sini pada Selasa.

Katanya, karnival itu dilengkapk­an dengan Majlis Rumah Terbuka SS90’s pada keesokanny­a di Dewan Serbaguna Damai yang turut dihadiri Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Joehari Ayub dan Datuk Razak Sulaiman.

“SS90’s FC telah merancang mengadakan beberapa lagi aktiviti selepas ini termasuk menganjurk­an pertanding­an tiga penjuru melibatkan pasukan daripada Thailand, Penampang Veteran dan SS90’s pada penghujung bulan ini.

“Kami juga akan meneruskan aktviti sebelum ini iaitu memenuhi undangan mengadakan perlawanan­perlawanan amal di daerah-daerah.

“Bulan depan, kami juga telah merancang menganjurk­an Pertanding­an Bola Sepak Tujuh Sebelah kategori pemain berusia 30-an dan 40-an,” kata Hashim.

SS90’s FC telah ditubuhkan secara rasmi pada 21 Mac 2017 dan telah berdaftar dengan Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (ROS).

“Setakat ini, SS90’s sudah mempunyai 180 ahli dan kami berharap dapat menambahny­a kepada lebih 200 pada penghujung tahun ini,” kata Hashim.

 ??  ?? PASUKAN England merakamkan reaksi gembira selaku juara pertama Karnival Bola Sepak Tujuh Sebelah SS90’s FC.
PASUKAN England merakamkan reaksi gembira selaku juara pertama Karnival Bola Sepak Tujuh Sebelah SS90’s FC.
 ??  ?? NAIB juara, pasukan Argentina.
NAIB juara, pasukan Argentina.
 ??  ??
 ??  ?? JOEHARI (tengah) menyampaik­an sijil ROS SS90’s FC kepada Hashim. Turut bersama adalah ketua jurulatih Sabah Jelius Ating (kiri) dan penolongny­a, Burhan Ajui (kanan) serta pengerusi Majlis Rumah Terbuka SS90’s FC, Andrew Laban.
JOEHARI (tengah) menyampaik­an sijil ROS SS90’s FC kepada Hashim. Turut bersama adalah ketua jurulatih Sabah Jelius Ating (kiri) dan penolongny­a, Burhan Ajui (kanan) serta pengerusi Majlis Rumah Terbuka SS90’s FC, Andrew Laban.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia