Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia lawan Singapura

Asyraaf harap persembaha­n lebih positif

- Oleh VITALI G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Ketua jurulatih skuad bola sepak wanita Sukan SEA, Mohd Asyraaf Fong Abdullah mahu melihat persembaha­n lebih positif pemain pada perlawanan pemanas badan terakhir menentang Singapura di Stadium UiTM, Shah Alam malam ini.

“Saya telah cuba membaiki kelemahan-kelemahan yang berlaku pada perlawanan (menentang India) sebelum ini terutama semasa bertahan dan keyakinan melakukan serangan.

“Saya harap dapat melihat perkembang­an positif esok (malam ini) berbanding ketika tewas 2-0 di tangan India pada (perlawanan persahabat­an antarabang­sa) 1 Ogos lalu. Saya juga telah cuba tanamkan keyakinan kerana kita mahu pemain ada keyakinan diri bahawa mereka sebenarnya ada kemampuan tersendiri,” kata Asyraaf ketika dihubungi di Kuala Lumpur pada Selasa.

Jurulatihb­erasaldari­Tawau itu bagaimanap­un sedikit diresahkan dengan keadaan pemain yang dikatakan baru pulih dari demam selesema.

“Selepas menentang India, demam selesema melanda kem wanita. Lapan pemain utama baru pulih dan hanya dua hari lalu semua dapat berlatih bersama semula.

“Saya harap tiada masalah kesihatan lagi selepas ini kerana saingan sebenar Sukan SEA semakin hampir. Perlawanan esok (malam ini) adalah peluang terakhir untuk mendapatka­n idea memantapka­n pasukan sebelum menghadapi perlawanan pertama Sukan SEA menentang Filipina pada 15 Ogos,” katanya.

Pada perlawanan malam ini, Asyraaf membayangk­an akan menggunaka­n formasi 3-4-3 dan 4-1-2-3 dengan memberi lebih tumpuan kepada serangan seterusnya membina keyakinan diri.

“Saya akan senaraikan kesebelasa­n utama sebenar pada separuh masa pertama dan akan cuba beri peluang kepada pemain selebihnya pada babak kedua.

“Kita sasar menang pada perlawanan ini sebagai suntikan moral menghadapi Sukan SEA nanti,” katanya.

Malaysia yang menduduki rangking 80 FIFA akan berhadapan dengan lawan yang berada di ranking lebih tinggi pada Sukan SEA nanti iaitu Thailand yang berada di ranking 29, Vietnam (32), Myanmar (45) dan Filipina (71).

Selepas perlawanan pertama menentang Filipina, Malaysia yang disasarkan pingat gangsa akan meneruskan cabaran menentang Myanmar (17 Ogos), Thailand (20 Ogos) dan Vietnam (24 Ogos).

Kesebelasa­n kemungkina­n Malaysia adalah Nurul Azurin Mazlan, Malini Nordin, Uslizah Usman, Eslilah Esar, Masturah Majid, Nurul Athirah Mamat, Haindee Mosroh, Dadree Rofinus, Shereilynn Elly Pius, Nurhaniza Saarani dan JI Fedalliah.

Saya telah cuba membaiki kelemahank­elemahan yang berlaku pada perlawanan (menentang India) sebelum ini terutama semasa bertahan dan keyakinan melakukan serangan. MOHD ASYRAAF FONG ABDULLAH Ketua jurulatih skuad bola sepak wanita Sukan SEA

 ??  ?? ASYRAAF (kanan) bersama ketua jurulatih skuad bola sepak lelaki Sukan SEA, Datuk Ong Kim Swee (tengah) dan ketua jurulatih futsal lelaki Sukan SEA, Chiew Chin Yung semasa menghadiri Majlis Bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Kuala Lumpur baru-baru ini.
ASYRAAF (kanan) bersama ketua jurulatih skuad bola sepak lelaki Sukan SEA, Datuk Ong Kim Swee (tengah) dan ketua jurulatih futsal lelaki Sukan SEA, Chiew Chin Yung semasa menghadiri Majlis Bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia