Utusan Borneo (Sabah)

Piala KM: Syarat pendaftara­n pemain lebih terbuka

- BINGKASAN -Oleh VITALIS

KOTA KINABALU: Syarat pendaftara­n pemain untuk Kejohanan Bola Sepak Antara Daerah Piala Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman Kali Kelima 2017 lebih terbuka berbanding edisi sebelum ini.

Timbalan Presiden II Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa), Datuk Lawrence Gimbang berkata, berbanding sebelum ini di mana pemain hanya boleh mewakili pasukan daerahnya sendiri, edisi kali ini membenarka­n pasukan mendapatka­n pemain dari daerah lain.

Bagaimanap­un, pasukan yang ingin mendapatka­n pemain dari daerah lain itu perlu dapatkan kebenaran rasmi dan diluluskan daerah asal pemain itu terlebih dahulu.

“Ini bagi memberi lebih peluang kepada pemain beraksi dalam kejohanan ini. Misalnya, jika pemain tidak dapat tempat di daerahnya, dengan peraturan baru pendaftara­n pemain ini dia masih berpeluang beraksi dengan pasukan daerah lain,” kata Lawrence.

Lawrenceya­ngjugapeng­erusi Jawatankua­sa Pertanding­an Tempatan, berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Pertanding­an yang dihadiri semua wakil anggota Safa di bilik mesyuarat pejabat Safa di Dewan Maksak, Likas pada Selasa.

Katanya, mesyuarat itu juga telah memutuskan bahawa pemain dari skuad Piala Belia (bawah 19 tahun) dan Piala Presiden (bawah 21 tahun) yang sudah tidak terikat kontrak dengan Safa boleh menyarung jersi daerah mereka masing-masing.

Pasukan dibenarkan mendaftar maksima 20 pemain yang mestilah warganegar­a Malaysia berusia 21 tahun ke bawah atau lahir pada atau selepas 1 Januari 1996.

Bagaimanap­un pasukan diberi kelonggara­n mendaftar lima pemain berusia 22-27 tahun dalam senarai 20 pemain itu tetapi hanya tiga dibenarkan beraksi dalam perlawanan.

Pendaftara­n pemain baru dibenarkan selepas saingan peringkat kumpulan di mana pasukan layak ke pusingan akhir dibenarkan mendapatka­n lima pemain dari pasukan sekumpulan­nya dan lima pemain dari pasukan kumpulan lain.

Kejohanan yang dijadualka­n bermula pada Oktober itu disertai semua 26 daerah gabungan Safa dan dibahagika­n kepada lapan kumpulan.

Finalis musim lalu, Tawau diundi dalam Kumpulan 1 bersama pasukan Semporna, Kunak dan Lahad Datu manakala Kumpulan 2 terdiri dari Tongod, Ranau dan Telupid, Kumpulan 3 dianggotai Sandakan, Kinabatang­an dan Beluran manakala Kumpulan 4 terdiri dari pasukan Kota Marudu, Pitas dan Kudat.

Pasukan Tuaran, Kota Belud dan Kota Kinabalu diundi dalam Kumpulan 5 manakala Penampang, Papar dan Putatan (Kumpulan 6), Beaufort, Kuala Penyu dan Sipitang (Kumpulan 7) dan Keningau, Tambunan, Nabawan dan Tenom (Kumpulan 8).

Pasukan akan bersaing secara liga satu pusingan yang dijalankan menerusi pertanding­an karnival pada peringkat kumpulan bagi menentukan juara kumpulan mara ke pusingan akhir.

Tuan rumah yang telah dipilih pada saingan peringkat kumpulan adalah Lahad Datu untuk Kumpulan 1, Ranau (Kumpulan 2), Beluran (Kumpulan 3), Kudat (Kumpulan 4), Kota Kinabalu (Kumpulan 5), Penampang (Kumpulan 6), Sipitang (Kumpulan 7) dan Keningau (Kumpulan 8).

Saingan peringkat kumpulan akan dimulakan empat kumpulan pertama yang akan ditentukan Safa kelak pada 6-8 Oktober manalah empat kumpulan berikutnya pada 13-15 Oktober.

Pusingan akhir akan diadakan di sini pada 30 Oktober-7 November.

Sebagai rekod, edisi keempat tahun lalu dijuarai pasukan Wilayah Persekutua­n Labuan yang bertanding sebagai pasukan jemputan. Labuan mengalahka­n Tawau 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat dengan kedudukan seri 1-1 pada sepenuh masa dan masa tambahan.

Turut menghadiri mesyuarat pada Selasa adalah Ahli Majlis Tertinggi Safa Datuk Juil Nuatim yang juga pengurus pasukan Sabah, penolong pengurus pasukan Piala Presiden Benedict Asmat yang juga Pegawai Daerah Telupid, Timbalan Setiausaha Agung Safa Dr Mohd Farid Abdullah, pengurus pasukan Piala Belia Mophd Yassin Aman dan Setiausaha Eksekutif Safa Hasbullah Yahya.

 ??  ?? LAWRENCE (depan lima dari kanan) bersama Juil, Farid, Benedict, Hasbullah dan Yassin (barisan depan) serta ahli angota daerah gabungan Safa bergambar bersama selepas mesyuarat di Safa kelmarin.
LAWRENCE (depan lima dari kanan) bersama Juil, Farid, Benedict, Hasbullah dan Yassin (barisan depan) serta ahli angota daerah gabungan Safa bergambar bersama selepas mesyuarat di Safa kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia