Utusan Borneo (Sabah)

19 PTI ditahan bersama bot

- - Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (MK ATB 2) telah berjaya menahan 19 pendatang tanpa izin (PTI) di perairan Sandakan, malam Selasa.

Kesemua yang ditahan menaiki bot laju berkuasa 90 kuasa kuda terbabit dikesan dari arah Pulau Taganak, Filipina menuju ke Sandakan pada jam 8.50 malam.

Komander Mohamad Hafiz Faisal TLDM, Pegawai Memerintah Kapal Auxillary Tun Azizan Komander Mohamad Hafiz Faisal berkata ia telah mengaturge­rakkan pasukan Quick Reaction Force (QRF) dengan menggunaka­n bot VIPER 9 untuk bertindak memintas bot laju terbabit kira-kira 8 batu nautika barat daya Pulau Taganak di dalam perairan negara.

“Hasil pemintasan itu berjaya menahan 19 PTI yang cuba memasuki Malaysia secara haram,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaa­n mendapati 10 individu terdiri daripada lelaki, lapan wanita dan seorang bayi lelaki dari Kepulauan Jolo, Filipina, yang cuba memasuki Malaysia tanpa melalui laluan yang diwartakan dengan kesemua mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“Bot dan mereka yang ditahan diserahkan kepada pihak berkuasa Esscom untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Sementara itu, Komander Angkatan Tugas Bersama 2 Briged Jeneral Zarondin Md Amin berkata, MK ATB 2 memandang serius perkara itu dan akan memperting­katkan kesiapsiag­aan operasi serta keselamata­n di perairan pantai timur Sabah demi menjamin kestabilan sosial dan ekonomi penduduk setempat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia