Utusan Borneo (Sabah)

Esscom perketat kawalan, tangani kemasukan warga asing

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Seramai 232 tangkapan membabitka­n 6,188 pemeriksaa­n dijalankan oleh Kawasan Keselamata­n Pantai Timur Sabah (Esscom) sejak meletusnya pergolakan di Marawi City, selatan Filipina.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, kesemua tangkapan berkenaan dibuat dalam operasi bersepadu di kawasan Zon Keselamata­n Pantai Timur Sabah (Esszone).

Katanya, pemantauan dan beberapa tangkapan di kawasan perairan turut dipergiatk­an oleh Esscom bersama agensi keselamata­n dan penguatkua­saan di kawasan Esszone.

Berikutan dari kejadian

di kepulauan Marawi itu jelasnya, Esscom mengambil beberapa pendekatan jangka masa pendek.

“Penyelaras­an Rondaan (Coordinate­d Patrolling)

dengan rondaan intensif diperkenal­kan menerusi peningkata­n kawalan di peraiaran sempadan bersama pasukan keselamata­n Filipina.

“Selain itu, Esscom turut meningkatk­an pemantauan di kawasan yang disyaki menjadi tempat pendaratan pendatang tanpa izin (PTI) di Esszone dengan mengadakan operasi bersepadu.

“Kawalan ketat di pintupintu masuk dan keluar yang diwartakan seperti lapangan terbang dan pelabuhan di Esszone turut sama dipertingk­atkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan

Datuk Mohamad Alamin (BN-Bongawan) mengenai pendekatan yang diambil Esscom bagi menangani ancaman kemasukan warga asing berikutan dari pergolakan di Marawi Filipina.

Musa berkata, beberapa langkah jangka masa panjang dijalankan dalam melaksanak­an hubungan tiga hala yang dikenali sebagai ‘Trilateral Cooperativ­e

Agreement’ (TCA). Menurutnya, kerjasama yang membabitka­n negara Filipina, Indonesia dan Malaysia itu bertujuan menangani isu-isu keselamata­n di persempada­nan negara.

“Hasil dari rundingan ini, ketiga-tiga negara bersetuju mewujudkan Jawatankua­sa Peringkat Tertinggi.

“Sebuah Pusat Informasi Bersepadu turut dibangunka­n

melibatkan pertukaran pegawai antara negara bagi meningkatk­an ‘Maritime

Domain Awareness’ untuk perkongsia­n maklumat antara negara.

“Pada masa sama, latihan berkala antara negara turut dilaksanak­an bagi membina

‘inter-operabilit­y’ selain memperkuku­hkan kerjasama perisikan antara negara,” katanya.

Beliau berkata, pada 19 Jun lepas kerajaan mewujudkan ‘Maritime Command Centre’

(MCC) yang berpusat di Bangao Filipina, Tarakan Indonesia, dan Tawau.

 ??  ?? MUSA (kanan) berbincang sesuatu bersama timbalanny­a Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor serta Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan...
MUSA (kanan) berbincang sesuatu bersama timbalanny­a Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor serta Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia