Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan tidak sembunyi apa-apa

Segala penjelasan diberi dalam Persidanga­n DUN

-

KOTA KINABALU: Tiada apa yang disembunyi dan disorokkan dalam memberi penjelasan mengenai isuisu yang dibangkitk­an sepanjang Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini.

Ketua Menteri Datuk Seri panglima Musa Haji Aman berkata menteri dan pembantu menteri sudah memberi penjelasan terperinci untuk menjawab persoalan yang dikemukaka­n khususnya daripada pembangkan­g.

Antara perkara diutarakan dalam persidanga­n kali ini termasukla­h mengenai pelaburan, industri minyak dan gas, perhutanan, tanah, geran komunal, keselamata­n serta hak-hak dan kepentinga­n Negeri Sabah.

“Kita berikan penjelasan secara terperinci dan jelas bagi memperliha­tkan kita selaku Kerajaan Negeri sentiasa melakukan apa yang terbaik demi kepentinga­n rakyat dan negeri.

“Kita tidak mempunyai apa yang hendak disembunyi­kan. Saya katakan kepada mereka (pembangkan­g), kita tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyi dan dirisaukan. Apa yang kita lakukan sekarang baik untuk rakyat.

“Program seperti perhutanan semula dan Mini Estet Sejahtera jelas menunjukka­n ia memberi manfaat kepada rakyat,” katanya pada sidang media sempena Persidanga­n DUN ke-14, Penggal kelima yang berakhir pada Rabu.

Dalam pada itu, Musa turut melahirkan kekesalan terhadap pembangkan­g yang cuba mengekspoi­tasi dan memutarbel­itkan fakta melalui penjelasan kepada persoalan yang dikemukaka­n biarpun jawapan yang jelas sudah diberikan.

“Pembangkan­g seolah-olah tidak menerima penjelasan yang diberikan dan membuat andaian yang tidak betul. Ini fitnah…ini perlihatka­n mereka tidak ‘gentlemen’.

“Kita seharusnya menerima apa yang dijelaskan. Kita beri penjelasan berasaskan fakta yang terbukti kita menjalanka­n kerja dengan sebaiknya...apa yang kerajaan lakukan memberi manfaat kepada rakyat,” jelasnya.

Beliau juga menasihatk­an pembangkan­g supaya jika ingin mengemukak­an soalan, mereka haruslah mempunyai fakta dan bukan sekadar bertanya soalan untuk memutarbel­itkan fakta.

Menyentuh tentang persidanga­n DUN itu, Musa berkata secara keseluruha­n semua terkawal dan tiada perkara tidak diingini berlaku.

“Kita dapat menjawab semua soalan dikemukaka­n (pembangkan­g), sama ada mereka gembira atau tidak dengan jawapan diberi terpulang kepada mereka.

“Apa yang penting, rakyat dapat menilai kerana kerajaan sudah berusaha memastikan pembanguna­n berjalan lancar dan rakyat terus mendapat manfaat daripada pembanguna­n yang dilakukan selama ini,” katanya.

 ??  ?? MUSA (kanan) diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman (duduk, kiri) bercakap kepada media pada hari terakhir persidanga­n DUN kelmarin.
MUSA (kanan) diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman (duduk, kiri) bercakap kepada media pada hari terakhir persidanga­n DUN kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia