Utusan Borneo (Sabah)

Impak pengecuali­an dasar kabotaj dikaji

-

dasar kabotaj diharap mampu memberikan impak positif khususnya dalam meningkatk­an jumlah kapal asing yang membuat pelayaran langsung ke Sabah.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, langkah itu juga seharusnya dapat menyelesai­kan masalah yang dibangkitk­an oleh pihak pengilang.

Katanya, isu yang sering dikentenga­hkan pengilang berhubung kos perkapalan yang tinggi akibat daripada dasar kabotaj.

Menurutnya, sebelum ini pihak berkenaan menjelaska­n dasar kabotaj menjadikan harga komoditi mereka tidak kompetitif.

“Sehubungan itu, perkembang­an ini diharap dapat menurunkan kos sara hidup dan kos menjalanka­n perniagaan di Sabah.

“Inikerana,kosperkapa­lan yang tinggi di negeri ini dilihat berpunca daripada pelaksanaa­n dasar kabotaj,” katanya.

Pairin berkata demikian ketika menjawab soalan Chan Foong Hin (DAPSri Tanjong) tentang rancangan kerajaan selepas pengecuali­an dasar kabotaj dilaksanak­an.

Beliau yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur berkata, kementeria­nnya turut menubuhkan Jawatankua­sa Khas Pemantauan Impak Pengecuali­an Dasar Kabotaj Negeri Sabah pada 8 Jun 2017. Menurutnya, jawatankua­sakhasberk­enaan bagi mengenal pasti dan mengkaji impak secara menyeluruh pengecuali­an dasar kabotaj.

“Sebagai pengerusi jawatankua­sa khas ini, saya yakin ini adalah satu platform yang terbaik dalam membincang­kan isu berhubung impak besar dasar kabotaj di Sabah. “Kementeria­n Pengangkut­an Malaysia juga bersetuju menubuhkan jawatankua­sa bagi negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutua­n Labuan untuk melihat isuisu pengangkut­an dalam jangka masa terdekat ini,” katanya.

 ??  ?? TIMBALAN Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (kiri) bersama Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Hajah Jainab Haji Ahmad Ayid dan Pembantu Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Datuk Haji Ghulam Haidar Khan Bahadar.
TIMBALAN Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (kiri) bersama Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Hajah Jainab Haji Ahmad Ayid dan Pembantu Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Datuk Haji Ghulam Haidar Khan Bahadar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia