Utusan Borneo (Sabah)

Graduan bidang pertanian ada kebolehpas­aran tinggi

-

Institut Pertanian Sabah miliki potensi kebolehpas­aran yang tinggi.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Musbah Jamli berkata, purata kebolehpas­aran graduan pertanian mencapai tahap 70 peratus keatas.

Menurutnya, tahun ini sahaja, seramai 120 pelajar Sijil Pertanian akan menamatkan pengajian mereka.

“Sebanyak 66 peratus daripada jumlah itu sudah menerima tawaran pekerjaan dari agensi swasta dan 18 peratus lagi ditawarkan menyambung pengajian ke Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu sarawak.

“Selain Institut Pertanian Sabah, Jabatan Pertanian turut mengendali­kan Pusat Latihan Vokasional Pertanian (AVTC) di Lahad Datu.

“Pusat ini berjaya melahirkan seramai 489 graduan sejak ditubuhkan dan rekod menunjukka­n, seramai 323 graduan iaitu 66 peratus ditawarkan pekerjaan dalam sektor perladanga­n sawit,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk James Ratib (BN-Sugut) mengenai kebolehpas­aran graduan bidang pertanian di negeri ini.

Musbah berkata, programpro­gram berorienta­sikan pertanian turut ditawarkan di universiti awam termasukla­h Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sabah.

Katanya, berdasarka­n statistik, jumlah kemasukan mahasiswa ke Fakulti Pertanian Lestari UMS dari 2014 hingga 2016 seramai 213 orang dan 51 peratus iaitu 109 graduan berjaya memperoleh­i pekerjaan.

Menurutnya, melalui Fakulti Perladanga­n dan Agroteknol­ogi (FPA) UiTM Cawangan Sabah, kajian alumni mendapati 41 peratus graduan Diploma Pengurusan Perladanga­n bekerja dalam bidang perladanga­n dan pertanian.

“Di bawah kendalian Koperasi Pembanguna­n Desa (KPD), Pusat Latihan Belia Desa KPD-OISCA Tenom berjaya melatih seramai 1,570 graduan sejak 1989.

“Daripada jumlah itu, seramai 1,059 orang atau 67 peratus mengusahak­an ladang atau aktiviti perniagaan sendiri,” katanya.

Dalam pada itu jelasnya, Program Sijil Pertanian di Institut Pertanian Sabah menggunapa­kai kurikulum yang seragam dengan Institut Pertanian Malaysia.

Beliau berkata, kurikulum di setiap Instituti Pertanian juga sentiasa dikemaskin­i dan ditambahba­ik mengikut keperluan semasa dan pemegang taruh melalui Bengkel Penambahba­ikan Berterusan (CQI).

 ??  ?? KETUA Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman (berdiri, empat dari kanan) dan Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (empat dari kiri) bersama setiausaha-setiausaha politik kementeria­n di lobi bangunan DUN Sabah.
KETUA Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman (berdiri, empat dari kanan) dan Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (empat dari kiri) bersama setiausaha-setiausaha politik kementeria­n di lobi bangunan DUN Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia