Utusan Borneo (Sabah)

Golongan belia paling ramai terjebak penagihan dadah

-

anak muda berusia antara 20-24 tahun paling ramai terjebak dengan najis dadah, ibu bapa disaran memainkan peranan untuk mengawal pergaulan dan aktiviti anak-anak mereka di luar rumah.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata tiada guna pendidikan yang tinggi diberikan sekiranya anak-anak mereka terjebak dengan penagihan dadah.

“Kitadapati­anak-anakyang terjebak dengan penagihan dadah ini disebabkan pengaruh kawan dan kesibukan ibu bapa,” katanya pada sidang media selepas Persidanga­n Dewan Undangan Negeri ke14, di sini pada Rabu.

Mengenai statistik kes dadah yang direkodkan di Tawau, terdapat sebanyak 1,220 kes tangkapan dilakukan melibatkan penagih dan pengedar dadah sepanjang tahun lalu.

Berkaitan bantuan kebajikan yang dikatakan hanya terhad untuk 15 tahun sahaja, Jainab berkata pemohon sebenarnya boleh membuat rayuan untuk permohonan semula sekiranya mereka masih layak menerima bantuan kebajikan daripada kerajaan.

Jainab berkata sempena persidanga­n DUN itu, agensi di bawah kementeria­nnya turut membuka kaunter perpustaka­an dan kebajikan bagi membolehka­n pegawai dan wakil rakyat memberitah­u masalah berkaitan yang dihadapi di kawasan masingmasi­ng.

Dengan cara itu, lebih mudah untuk pegawai dan wakil rakyat memberitah­u permasalah­an berkaitan isu bantuan kebajikan yang berlaku di kawasan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia