Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak mahu hasil kutipan cukai pelanconga­n dibahagi tiga

-

KUCHING: Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah sekali lagi menegaskan bahawa hasil kutipan cukai berkenaan mesti dibahagika­n antara tiga wilayah, iaitu Semenanjun­g Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata atas persetujua­n itulah kerajaan Sarawak menyokong perlaksana­an cukai pelanconga­n itu kerana ia akan dikutip untuk membantu pembanguna­n industri pelanconga­n di ketiga-tiga wilayah.

Menurut Abdul Karim, selama ini pihak Pelanconga­n Malaysia hanya menumpukan promosi pelanconga­nnya di negerinege­ri di Semenanjun­g Malaysia.

Oleh sebab itu, katanya Sarawak menubuhkan Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB), manakala Sabah menubuhkan lembaga pelanconga­nnya sendiri untuk membuat promosi sendiri di seluruh dunia.

“Kerajaan pusat (Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia) perlu membantu dan sangat tidak adil untuk kerajaan negeri menanggung sendiri ,” kata beliau pada sidang akhbar di sini selepas majlis pelancaran penerbanga­n sulung AirAsia dari Kuching ke Langkawi di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK) di sini pada Rabu.

Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz ketika mengumumka­n kutipan cukai itu di Kuala Lumpur pada Selasa berkata cukai berkenaan hanya wajib dibayar oleh pelanconga­n asing bila menginap di hotel semua bintang di negara ini mulai 1 September depan.

Cukai berkenaan ialah kadar rata RM10 untuk satu bilik satu malam, dan Nazri berkata dijangka sebanyak RM210 juta Cukai Pelanconga­n dikutip setiap tahun.-Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia