Utusan Borneo (Sabah)

Negara catat 3.5 peratus pertumbuha­n buruh positif pada 2016

- Oleh NURASYIKIN HAMZA (Pelatih UMS)

KOTA KINABALU: Negara catat kadar pertumbuha­n produktivi­ti buruh yang positif pada 2016/2017 dengan 3.5 peratus daripada RM75,548 pada 2015 kepada RM78,218 pada tahun berikutnya.

Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Produktivi­ti Malaysia Datuk Ag Buhtamam Ag Mahmun berkata peningkata­n itu menyumbang kepada pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 4.2 peratus pada 2016.

“Namun begitu, usaha penambahba­ikan berterusan, mengurangk­an pembaziran dan bekerja secara lebih kreatif perlu dilakukan bagi mencapai sasaran lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Penutupan dan Penyampaia­n Sijil dan Anugerah bagi Konvensyen Team Excellence Wilayah Sabah dan Sarawak, di sini pada Rabu.

Buhtamam berkata organisasi juga perlu melakukaka­n beberapa inisiatif bagi menyumbang kepada peningkata­n produktivi­ti organisasi dan negara.

“Antaranya adalah mengkaji semula proses kerja, mengurangk­an birokrasi, mengurangk­an pembaziran bahan, masa, tenaga serta memberi nilai yang lebih tinggi kepada pelanggan dan pihak berkepenti­ngan,” jelasnya.

Menurutnya, organisasi perlu mengambil bahagian dalam peningkata­n produktivi­ti kerana ia berperanan dalam memacu ekonomi dan tahap kesejahter­aan hidup rakyat di dalam negara.

“Ini juga selaras dengan matlamat Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang menggarisk­an produktivi­ti sebagai faktor terpenting dalam mencapai pertumbuha­n yang mampan dan inklusif,” katanya.

 ??  ?? BUHTAMAM kumpulan. (dua kanan) menyampaik­an sijil dan anugerah kepada salah satu
BUHTAMAM kumpulan. (dua kanan) menyampaik­an sijil dan anugerah kepada salah satu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia