Utusan Borneo (Sabah)

Ops Anti Merokok, 24 perokok diberi notis 32B

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Sebanyak 24 Notis 32B (Merokok di Kawasan Larangan) melibatkan jumlah keseluruha­n kompaun sebanyak RM6,000, dikeluarka­n menerusi Ops Anti Merokok pada Sabtu dan Ahad.

Kompaun itu dikenakan terhadap 24 perokok tegar yang merokok di Kawasan Larangan Merokok seperti Lapangan Terbang Tawau (LTT) dan Kompleks Sukan Tawau (KST).

Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau Dr G Navindran berkata setiap pesalah dikenakan kompaun sebanyak RM250 seorang dan boleh dibayar di Pejabat Kesihatan terdekat.

“Bagaimanap­un, jika mereka gagal berbuat demikian dalam tempoh 30 hari selepas notis dikeluarka­n, pesalah-pesalah terbabit akan diambil tindakan mahkamah,” katanya.

Sabit kesalahan, seseorang pesalah boleh didenda maksimum sehingga RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Dr G Navindran berkata tindakan diambil mengikut Peraturan 11(1)( g) PeraturanP­eraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (kerana Merokok di Kawasan Larangan).

“Operasi selama dua hari ini diketuai oleh Pegawai Kesihatan Persekitar­an Tawau Rahman Sampe untuk memastikan penguatkua­saan di kesemua Kawasan Larangan Merokok.

“Lokasi tumpuan melibatkan LTT dan KST berdasarka­n aduan yang diterima berhubung kekerapan perokok tegar yang ditemui melakukan kesalahan itu di kawasan berkenaan.

“Operasi yang dijalankan pada Sabtu disertai seramai 12 penguatkua­sa manakala Ahad pula dengan kekuatan 20 penguatkua­sa,” katanya kepada Utusan Borneo, di sini pada Rabu.

Beliau berkata, berdasarka­n aduan awam juga mendapati masih wujud perokok tegar yang tidak mengendahk­an tanda peringatan larangan merokok di kawasan terbabit.

“Orang awam diingatkan supaya tidak merokok di kawasan seperti premis kerajaan, lapangan terbang, stesen bas, stesen minyak, tempat riadah sukan dan sebagainya.

“Operasi ini dijalankan berterusan khususnya pada Sabtu dan Ahad bertujuan menyedarka­n bahaya asap rokok kepada perokok dan orang lain,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia