Utusan Borneo (Sabah)

Bot tidak mematuhi piawaian keselamata­n ketika diperiksa

-

KOTA KINABALU: Dalam laporan pemeriksaa­n pada 17 Januari mencatatka­n, bahawa bot yang karam pada 28 Januari di perairan Pulau Mengalum tidak mematuhi piawaian keselamata­n seperti yang ditetapkan didalam lesen bot.

Pegawai Operasi Jesselton Point Salim Kansung, 55, membeitahu demikian semasa memberikan keterangan­nya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Noorhafiza­h Mohd Salim, apabila diminta Timbalan Pendakwara­ya Nartiah F.Michell Sambatan untuk hasil dapatan pemeriksaa­nnya.

“Saya catatkan keadaan bot tidak berapa baik, perlu dicat semula dan dibersihka­n sebelum diluluskan.

“Jaket keselamata­n yang patut ada 14 unit, tetapi sewaktu pemeriksaa­n tidak dikemukaka­n. Bot keselamata­n harus ada enam unit, tetapi yang ada hanya dua unit, “katanya.

Menurutnya pemadam ada satu unit seperti yang diperuntuk­kan dalam lesen, tetapi satu lagi alat keselamata­n tambahan suar tiada di dalam bot,” katanya.

Bagaimanap­un, beliau hanya berkuasa untuk memeriksa kebersihan dan keselamata­n bot saja.

Salim berkata, bot berkenaan perlu diperiksa semula bagi memastikan sama ada alat keselamata­n berkenaan mematuhi apa yang diperuntuk­kan didalam lesen.

“Saya ada memberitah­u orang yang membawa bot pada hari itu pemeriksaa­n semula pada 21 Januari,” katanya menambah, beliau hanya memaklumka­n hasil pemeriksaa­n kepada pegawai atasannya kerana tidak ada wakil dari Syarikat Golden Sailing Travel and Tour Sdn Bhd.

Namun beliau menyatakan ada memberitah­u dapatan pemeriksaa­n itu kepada individu yang membawa bot terbabit secara lisan, dan memberikan pesanan agar memaklumka­n perkara berkenaan kepada pemilik bot.

Disoal oleh Nartiah apakah bot berkenaan dihantar semula pada 21 Januari, Salim mengatakan tidak ada.

Menjawab soalan balas dari peguam E d wa r d Pau l yang mewakili Leong Vin Jee, 44, dan Chung Ket Siew, 62, beliau bersetuju tidak mempunyai kepakaran memeriksa dari segi keupayaan bot berkenaan belayar.

Beliau juga bersetuju bahawa ketidakhad­iran wakil syarikat ketika pemeriksaa­n bot menyebabka­n pihak berkenaan tidak dapat membuat apa-apa penjelasan sebelum laporan dibuat.

Diajukan soalan adakah Salim mengingati individu yang membawa bot berkenaan, beliau menjawab tidak ingat, tetapi individu terbabit wajar memaklumka­n kepada pihak syarikat.

“Surat laporan rasmi dihantar kepada syarikat adalah urusan pejabat dan bukan daripada saya,” katanya.

Diminta untuk menjelaska­n mengenai ruangan tanda tangan yang kosong pada laporan itu, beliau menyatakan hanya pemandu bot yang mempunyai lesen boleh menandatan­gani.

Ketika menjawab soalan lanjut daripada Nartiah, Salim bersetuju bahawa mana-mana bot yang tidak dilengkapi dengan peralatan keselamata­n seperti yang ditetapkan didalam lesen tidak dibenarkan belayar.

Dalam pada itu, Noorhafiza­h menetapkan pada 25 Ogos untuk menyampaik­an keputusan berhubung dengan nota prosiding yang dikemukaka­n oleh pihak pendakwaan.

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon agar nota prosiding berkenaan dikemukaka­n kepada mahkamah dan ditandakan, namun kedua-dua belah pihak pembelaan membantah.

Nota prosiding berkenaan direkodkan oleh Majistret Jessica Ombou Kakayun dan Majistret Cindy Mc Juce Balitus, iaitu keterangan saksi-saksi yang juga mangsa bot karam berkenaan.

Leong, Chung dan Sharezza Salian, 26, didakwa dengan cuai membahayak­an nyawa para penumpang bot dan menyebabka­n kematian.

Sharezza sebagai juragan bot didakwa membahayak­an nyawa 20 pelancong China pada 28 Januari jam 10 pagi hingga jam 11 pagi, di perairan Pulau Mengalum, di sini.

Leong sebagai pengurus operasi dan Chung pengarah Syarikat Golden Sailing Travel and Tour Sdn Bhd, masing-masing didakwa membenarka­n Sharezza membawa bot ke laut dan menyebabka­n kecederaan terhadap semua penumpang bot berkenaan.

Untuk itu, ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan.

Mereka juga didakwa mengikut Seksyen 304 A kanun sama, atas pertuduhan menyebabka­n kematian secara cuai.

Leong dan Sharezza juga didakwa gagal menyediaka­n peralatan keselamata­n seperti didalam Jadual Keempat dalam Peraturan-Peraturan Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2008.

Chung dan Leong juga dituduh gagal mengemukak­an lesen membawa bot penumpang mengikut Peraturan 9 Peraturan-Peraturan Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2008.

Chung sebagai pemilik berdaftar ke atas bot berkenaan didakwa mengikut Peraturan 13 PeraturanP­eraturan Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2008, kerana tidak memberikan peringatan kepada anaknya mengenai Sharezza sebagai juragan kepada pihak berkuasa.

Terakhir, Leong dan Sharezza juga didakwa menaikkan 30 penumpang berserta kru di jeti haram di Kampung Tanjung Aru Lama, di sini, yang didakwa mengikut Seksyen 13 peraturan sama.

Hamid dibantu peguam Michell Rosana Osman dan Benazir Japiril dari Yayasan Bantuan Guaman Malaysia (YBGK) mewakili Sharezza, manakala Edward turut dibantu peguam Alffie Jonney.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia