Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki didenda RM25,000

Memiliki 12 DVD lucah untuk dijual kepada orang awam

-

Tertuduh didapati melakukan kesalahan itu untuk dijual kepada orang awam, pada 2 Ogos jam 5.15 petang, di sebuah premis Centre Point, di sini.

lucah.

Kajner Mohd Ali, 21, dijatuhkan hukuman itu oleh Majistret Jessica Ombou Kakayun selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 5 (2) Akta Penapisan Filem 2002.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan itu untuk dijual kepada orang awam, pada 2 Ogos jam 5.15 petang, di sebuah premis Centre Point, di sini.

Hukuman yang diperuntuk­kan, denda tidak kurang RM10,000 dan tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau dengan kedua-duanya sekali.

Mahkamah juga memerintah­kan Kajner yang tidak memiliki dokumen diri dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutny­a.

Sementara itu, Jessica menetapkan pada 13 September sebagai pengurusan kes terhadap Ajirin Rasin, 38, yang didakwa memiliki senjata tiruan.

Mengikut pertuduhan Ajirin Rasin, 38, meletakkan senjata berkenaan di bawah tempat duduk penumpang pemandu kereta, pada 2 Ogos jam 5.50 petang di lorong Kampung Cempaka, Likas, di sini.

Sekiranya disabitkan mengikut Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960, penjara selama tempoh setahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Sementara menunggu kes berkenaan selesai, mahkamah memberikan ikat jamin sebanyak RM5,000 yang dicagarkan dua penjamin tempatan.

Semua pendakwaan itu dikendalik­an Pegawai Pendakwa Insp Rasydan Jasni.

 ??  ?? Oleh CLARICE USOP
Oleh CLARICE USOP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia