Utusan Borneo (Sabah)

Wanita tipu jualan telefon bimbit, komputer riba didakwa

-

PARIT: Seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas dua pertuduhan melakukan penipuan dalam urusan jual beli telefon bimbit dan komputer riba, membabitka­n kerugian lebih RM20,000 tahun lepas.

Tertuduh Nisha Hidayah Mansor, 21, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa kepadanya di hadapan Majistret Mohd Fitri Sadarudin.

Dia didakwa memperdaya Ahmad Adib Azhar, 21, dengan mendorong mangsa menyerahka­n wang berjumlah RM12,950 melalui akaun Maybank dan CIMB kepadanya bagi pembelian 12 telefon bimbit jenis Iphone 6S yang tidak wujud.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Universiti Teknologi Petronas Seri Iskandar kira-kira 10 malam, 10 Jun 2016.

Penganggur itu juga didakwa memperdaya Nur Izzatty Salimun, 20, dengan mendorong mangsa menyerahka­n wang berjumlah RM14,250 melalui akaun Maybank kepadanya bagi pembelian 16 telefon bimbit jenis Iphone 6S dan sebuah komputer riba yang tidak wujud.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kampus Universiti Teknologi Mara Seri Iskandar kira-kira 1 petang, 11 Julai 2016.

Pertuduhan dikemukaka­n mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudianny­a menetapkan wang jaminan RM7,000 dengan dua penjamin dan 30 Ogos untuk sebutan semula kes.

Kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Nur Farhana Hashim manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan BantuanGua­manKebangs­aan Harbans Kaur.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia