Utusan Borneo (Sabah)

Tentera maya Upko bersedia hadapi PRU-14

-

PENAMPANG: Pertubuhan P asok mo m o g u n Kad azan dusun M urut Bersatu (Upko) kini memiliki pasukan ‘tentera maya’ yang berkemampu­an menyerang dan menangkis segala tohmahan parti pembangkan­g pada Pilihan Raya Umur ke-14 (PRU14).

Presidenny­a Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata pasukan tentera maya berkenaan akan dilengkapk­an dengan maklumat dan data tepat bagi membolehka­nnya menjawab segala fitnah, pembohonga­n dan tohmahan terhadap kerajaan serta parti.

Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, antara punca kekalahan calon Barisan Nasional (BN) dari Upko di Penampang pada pilihan raya lalu berpunca daripada ketidakmam­puan jentera parti itu menyerang dan membalas serangan pembangkan­g menerusi media maya.

“Kalau dahulu, apabila diserang kita terduduk sahaja, pelbagai tohmahan, pembohonga­n dan fitnah dibuat dan kita tidak mampu membalasny­a. Kita tidak mempunyai tentera maya seperti dimiliki pembangkan­g.

“Kali ini kita ada dan kita sudah bekerja sekian lama. Kita ada Biro Multimedia dan Komunikasi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Makan Malam Ulang Tahun Upko Ke-23 di Pusat Kebudayaan Sabah di sini, malam Selasa.

Mengenai kombinasi parti komponen BN di Penampang untuk menghadapi PRU-14 akan datang, Madius berkata, kombinasi parti komponen di kawasan berkenaan kini pada tahap terbaik.

Katanya Upko Penampang dan bahagian parti itu di seluruh negara akan bekerja sebagai satu pasukan dengan parti komponen BN lain bagi memastikan kemenangan memihak kepada BN.

Mengenai calon yang bakal diketengah­kan parti itu pada PRU-14, beliau berkata, Upko sudah ada calon dan mereka adalah calon terbaik.

Mengenai 13 kerusi tambahan untuk Dewan Undangan Negeri di Sabah, Madius berkata, Upko hanya akan meminta kerusi yang parti itu yakin ada kekuatan untuk memenangka­n BN di kawasan berkenaan.

“Buat apa kita bertanding di satusatu kerusi tetapi lepas itu kalah,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia