Utusan Borneo (Sabah)

Sembilan penagih ditahan

Operasi AADK Tuaran di Stesen Penguatkua­sa JPJ Telipok

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

TUARAN: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Tuaran menahan sembilan individu dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan di Stesen Penguatkua­sa JPJ Telipok pada Selasa.

Ketua Pegawai AADK Tuaran Asraf Hafiz Ruslan berkata pihaknya memeriksa seramai 34 individu dan sembilan daripada mereka ditahan selepas ujian air kencing adalah positif.

“Semasa ujian air kencing dijalankan, dua suspek didapati cuba menukar air kencing dengan individu yang negatif dadah bagi mengelakka­n keputusan sebenar diketahui.

“Tindakan mereka meminta air kencing terbabit bagaimanap­un disedari anggota AADK dan kedua-dua suspek kemudianny­a ditahan untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Katanya kesemua suspek direman di Pusat Tahanan Reman AADK Papar sehingga sebutan kes di mahkamah dijalankan.

Beliau berkata, Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) juga mengeluark­an sebanyak lima saman dan sembilan notis kepada pengguna jalan raya yang melakukan pelbagai kesalahan sepanjang operasi dilaksanak­an.

“Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah juga mengeluark­an satu saman serta notis peringatan kepada pengguna jalan raya yang gagal mematuhi peraturan yang sudah dikeluarka­n,” katanya.

Menurutnya, operasi yang bermula jam 7.30 sehingga 11 pagi dijayakan 20 anggota penguatkua­sa AADK Tuaran, Ranau, Kota Kinabalu dan enam anggota JPJ serta lima penguatkua­sa Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah.

“Semasa

ujian air kencing dijalankan, dua suspek didapati cuba menukar air kencing dengan individu yang negatif dadah bagi mengelakka­n keputusan sebenar diketahui. Tindakan mereka meminta air kencing terbabit bagaimanap­un disedari anggota AADK dan kedua-dua suspek kemudianny­a ditahan untuk tindakan selanjutny­a. ” ASRAF HAFIZ RUSLAN Ketua Pegawai AADK Tuaran

 ??  ?? ANTARA penagih yang ditahan untuk tindakan selanjutny­a.
ANTARA penagih yang ditahan untuk tindakan selanjutny­a.
 ??  ?? ANGGOTA AADK dan JPJ semasa melakukan operasi bersepadu di Tuaran.
ANGGOTA AADK dan JPJ semasa melakukan operasi bersepadu di Tuaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia