Utusan Borneo (Sabah)

`Kekalkan keindahan, kebersihan’

MPS hargai usaha wujudkan premis tanpa sampah

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Timbalan Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) Haji Mohd Hamsan Awang Supain berkata pihaknya menghargai usaha pelbagai agensi dan jabatan serta pejabat, sekolah dan pusat pengajian tinggi yang terus komited dalam memastikan premis dan kawasan persekitar­an mereka bersih dan indah.

Menurut beliau, tidak dinafikan permulaan bagi memastikan premis tanpa sampah dan seterusnya mengekalka­n pencapaian itu adalah sukar dan mencabar.

“Kita berharap usaha mengekalka­n keindahan dan kebersihan akan dapat diteruskan selain terus komited menghadapi apa sahaja cabaran pelaksanaa­nnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Watikah Premis Tanpa Sampah di Dewan Persidanga­n MPS di sini pada Rabu. Hadir sama, Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan Awam MPS Lily Aw.

Pada majlis itu, Hamsan menyampaik­an Watikah Perisytiha­ran Premis Tanpa Sampah kepada beberapa premis termasuk SM St Mary, SK St Monica, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, HSBC Bank, Public Bank, Prima Square, Sandakan Hotel, UMS Sandakan, SM Yu Yuan, SJKC Chi Hwa, SMJK Tiong Hua, SK Merpati, SMK Tinusa, SMK Gum-Gum dan SMK Elopura.

Setakat ini, sebanyak 20 premis telah diisytihar sebagai Premis Tanpa Sampah sejak pelaksanaa­nnya pada 2012.

Dalam pada itu, Hamsan mengajak masyarakat di daerah ini agar dapat mencontohi sikap masyarakat di negara maju yang terus memastikan kebersihan kawasan mereka berada pada tahap terbaik sekaligus menyokong usaha MPS mewujudkan persekitar­an yang bersih dan indah.

“Ia termasuk aktiviti kitar semula dan pengasinga­n sisa makanan atau harian dan juga pengasinga­n barangan yang boleh dikitar semula dari sisa bahan buangan domestik,” katanya.

Beliau turut mencadangk­an agar unit MPS terbabit dapat mencontohi negeri Melaka yang telah mengamalka­n sistem pengasinga­n sisa buangan itu di mana penduduk juga digalakkan untuk mengasingk­an bahan buangan dari dapur dan barang yang boleh dikitar semula.

“Kita

berharap usaha mengekalka­n keindahan dan kebersihan akan dapat diteruskan selain terus komited menghadapi apa sahaja cabaran pelaksanaa­nnya. ” HAJI MOHD HAMSAN AWANG SUPAIN Timbalan Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS)

 ??  ?? MOHD Hamsan (tiga kanan) menyerahka­n watikah Premis Tanpa Sampah kepada wakil Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
MOHD Hamsan (tiga kanan) menyerahka­n watikah Premis Tanpa Sampah kepada wakil Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia