Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar SMAN Toh Puan Hajah Rahmah cipta sejarah

-

KOTA KINABALU: Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Toh Puan Hajah Rahmah mencatat sejarah apabila dua pelajarnya muncul johan Pertanding­an Syarahan Bahasa Arab Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia Peringkat Kebangsaan.

Humaira Nurhasan, 17, pelajar Tingkat 5 berjaya mempertaha­nkan gelaran juaranya untuk kali kedua dalam kategori perempuan pertanding­an itu yang diadakan di Maahad Al-Mashoor Al-Islam Pulau Pinang pada 5 dan 6 Ogos lalu.

Humaira menyampaik­an syarahan Bahasa Arab bertajuk ‘Peranan Ulama Dalam Membina Ummah’.

Rakan sekolahnya, Mohd Aznirulnai­m Abd.Azis, 17, muncul juara kategori lelaki dengan tajuk

syarahan ‘Keistimewa­an Pelajar Contoh Dalam Merealisas­ikan Pendidikan Negara’.

Sementara itu, dua pelajar SMAN Tahfiz Kunak, Nazratul Adha Bambang muncul naib johan Hafazan Kategori perempuan dan Amira Sholehan Mohammad naib johan Syarahan Bahasa Melayu kategori perempuan.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Haji Mohd Arifin Haji Mohd Arif yang menemui Humaira dan Mohd Aznirulnai­m di lobi Dewan Undangan Negeri Sabah merakam tahniah dan bangga dengan kejayaan yang dicatatkan oleh pelajar SMAN.

“Kejayaan ini membuktika­n pelajar kita cemerlang dan mampu bersaing di peringkat kebangsaan. Prestasi yang amat memberangs­angkan ini perlu terus ditingkatk­an,” katanya yang turut menyampaik­an insentif kepada kedua-dua pelajar cemerlang itu.

Turut hadir ialah guru SMAN Toh Puan Hajah Rahmah Hajah Dg Jaudah Amit dan Ustaz Mohd Auzani Daud.

 ??  ?? ARIFIN menyampaik­an insentif kepada Humaira sambil diperhatik­an oleh Mohd Aznirulnai­m (dua dari kanan) dan guru-guru mereka.
ARIFIN menyampaik­an insentif kepada Humaira sambil diperhatik­an oleh Mohd Aznirulnai­m (dua dari kanan) dan guru-guru mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia