Utusan Borneo (Sabah)

Dua bot guna tunda gading ditahan

-

JOHOR BAHRU: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua bot nelayan tempatan bersama 18 nelayan rakyat Vietnam dipercayai menangkap ikan secara tunda ganding di perairan Sedili dekat Kota Tinggi, tiga hari lepas (7 Ogos).

Pengarah Maritim Daerah Tanjung Sedili Kepten Maritim Amran Daud berkata bot bernombor pendaftara­n KNF 7960 itu ditahan pada 6.57 pagi manakala KNF 7959 pula pada 7.33 pagi, kira-kira 43 batu nautika dari Kuala Tanjung Sedili.

“Satu daripada bot tersebut cuba melarikan diri daripada pemeriksaa­n kapal ronda APMM, KM Pekan, namun berjaya dipintas dan ditahan,” katanya menerusi kenyataan di sini, pada Rabu.

Amran berkata hasil siasatan lanjut, pihaknya mendapati kedua-dua bot tersebut dipercayai melakukan kesalahan menunda kurang 12 batu nautika dari pantai Pulau Aur, Mersing dan tiga awak-awaknya pula tidak mempunyai permit kerja yang sah.

Beliau berkata pemeriksaa­n ke atas bot pula menemukan lebih kurang 3,000 kilogram ikan bercampur-campur dan ikan baja berjumlah lebih kurang 1,000 kilogram.

Amran berkata, dua tekong dan kesemua awak-awak keduadua bot berusia antara 18 dan 56 tahun itu ditahan dan bot tersebut turut dibawa ke Jeti Maritim Tanjung Sedili untuk siasatan lanjut.

“Nelayan pukat tunda menggunaka­n pukat yang ditarik oleh sebuah atau beberapa bot yang mengaut masuk berbagai jenis ikan tanpa mengira saiz dan memusnahka­n dasar laut.

“Ini menyebabka­n pupusnya sumber perikanan negara dan mengancam mata pencarian nelayan pantai,” katanya. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia