Utusan Borneo (Sabah)

SPRM panggil orang penting FIC

Bantu siasatan pembelian dua hotel di London dan Kuching

-

KUALA LUMPUR: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil seorang individu penting berhubung pembelian dua buah hotel di London dan di Kuching, Sarawak oleh Felda Investment Corporatio­n (FIC).

Mendedahka­n perkara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM Datuk Mohd Azam Baki berkata pihaknya dijangka memanggil individu berkenaan selewat-lewatnya minggu depan.

“Ada orang penting yang akan dipanggil minggu depan. Siapa orang itu saya tidak mahu dedahkan lagi,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel (BNC) di Wisma Bernama malam Selasa.

Mengulas lanjut, Azam berkata setakat ini seramai sembilan individu telah ditahan manakala lebih 30 saksi telah dipanggil berhubung isu pembelian kedua-dua hotel itu.

“Untuk hotel di London, pegawai penyiasat akan mengambil keterangan saksi antaranya daripada peguam dan pihak bank,” kata Azam.

Ditanya sama ada SPRM akan menyiasat pembelian hotel lain oleh FIC, beliau berkata setakat ini pihaknya hanya menyiasat pembelian hotel di London dan Kuching.

“Kalau ada hotel lain, kita akan lihat sama ada wujud isu rasuah atau salah guna kuasa,” katanya.

SPRM membuka kertas siasatan berhubung pembelian sebuah hotel di Kensington, London antara 2013 dan 2015 oleh FIC, dipercayai harga yang dibayar jauh lebih tinggi berbanding harga asal hingga menyebabka­n anak syarikat FELDA itu mengalami kerugian jutaan ringgit. -Bernama

“Ada orang penting yang akan dipanggil minggu depan. Siapa orang itu saya tidak lagi.” mahu dedahkan DATUK MOHD AZAM BAKI Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia