Utusan Borneo (Sabah)

14 syarikat dibatal lesen umrah sejak 2009

-

KUALA LUMPUR: Sebanyak 14 syarikat pelanconga­n dan pengendali umrah serta ziarah dibatalkan lesen kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Industri Pelanconga­n 1992 (Akta 482) sejak 2009 hingga setakat ini tahun ini.

Timbalan Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsuddin berkata daripada jumlah itu, 11 syarikat dibatalkan lesen dan satu syarikat ditarik lesen bidang pelanconga­n luar negara (outbound) setelah didapati melakukan penipuan manakala dua lagi sedang dalam peringkat rayuan.

“Kementeria­n memang serius dalam memerangi aktiviti penipuan pakej umrah dan ziarah yang mana selain pembatalan lesen, kita juga menarik balik lesen bidang tertentu dan menyenarai­hitamkan agensi yang terlibat.

“Bagi tahun ini, notis pembatalan lesen telah dikeluarka­n kepada dua buah syarikat yang turut melakukan kesalahan di bawah akta itu dan kita sedang menyiasat beberapa lagi syarikat yang mengendali­kan pakej umrah dan ziarah yang bakal berhadapan tindakan sama jika sabit kesalahan,” katanya pada persidanga­n Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) yang ingin tahu mengenai tindakan yang diambil kementeria­n itu terhadap syarikat yang melakukan penipuan pakej umrah.

Mas Ermieyati berkata antara syarikat yang telah dibatalkan lesen termasuk Warith NY Travel & Tours, Madain Al-Taqwa Travel & Tours Sdn Bhd, Permata ElNur Travel & Tours manakala Agensi Pengembara­an Asari Murni Sdn Bhd ditarik lesen outbound.

Katanya selain daripada tindakan pembatalan lesen, kementeria­n juga tidak akan mempertimb­angkan sebarang permohonan lesen baharu oleh mana-mana individu dan syarikat yang telah disenaraih­itamkan atas kesalahan di bawah akta tersebut.

“Kita juga bekerjasam­a dengan pihak Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) agar mereka yang telah dikenal pasti ini turut dihalang daripada menubuhkan syarikat baharu berkaitan pelanconga­n atau mengambil alih syarikat lain bagi menjalanka­n aktiviti berkaitan pelanconga­n.

“Kita juga bekerjasam­a dengan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) bagi mengenal pasti dan mengambil tindakan menghalang laman sesawang milik syarikat dan individu tidak berlesen yang mengiklank­an pakej umrah dan ziarah,” katanya.

Selain itu, Mas Ermieyati berkata mana-mana syarikat yang menjalanka­n penipuan umrah juga akan diambil tindakan di bawah agensi lain seperti Polis DiRaja Malaysia dan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK).

“Ada antara syarikat yang didapati melakukan penipuan umrah dikenakan tindakan oleh PDRM melibatkan jenayah komersil dan diambil tindakan di bawah Kanun Keseksaan,” katanya. -Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia