Utusan Borneo (Sabah)

KKM siasat dakwaan pusat dialisis swasta sukar peroleh lesen

-

Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius dakwaan bahawa terdapat penyelewen­gan dalam pengeluara­n lesen pusat dialisis swasta sehingga seolah-olah dikuasai dan dikawal secara kartel serta menjadi ‘lubuk emas’ pegawai yang menguruska­n kelulusan lesen ini.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata kementeria­n pasti menyiasat dakwaan itu yang dianggap sebagai pertuduhan berat kerana jika benar berlaku ia boleh menjejaska­n perkhidmat­an pusat dialisis kepada pesakit dan mereka yang memerlukan rawatan.

“Urusan lesen ini di bawah Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) KKM. Kita akan siasat perkara ini,” katanya pada persidanga­n Dewan Rakyat pada Rabu.

Dr Hilmi berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Dr Siti Mariah Mahmud (AmanahKota Raja) yang mendakwa ada pusat dialisis sukar membuat permohonan atau memperbaha­rui lesen berpunca daripada sikap pegawai yang dipertangg­ungjawabka­n yang sengaja menimbulka­n masalah birokrasi.

Siti Mariah berkata pengusaha perkhidmat­an pusat dialisis turut mengadu bahawa urusan permohonan dan pembaharua­n lesen itu seolah-olah dikawal secara kartel kumpulan tertentu serta menjadi ‘lubuk emas’ hingga berlaku pusat dialisis beroperasi menggunaka­n lesen tamat tempoh.

Mengikut Akta Kemudahan dan Perkhidmat­an Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586), berkuatkua­sa 1 Mei 2006, semua pusat hemodialis­is swasta perlu mempunyai Perakuan Kelulusan menubuhkan atau menyenggar­akan dan lesen sebelum dibenarkan beroperasi bagi menjamin keselamata­n pesakit dan kualiti jagaan kesihatan mengikut piawaian diperlukan.

Pusat dialisis swasta yang didapati beroperasi tanpa lesen boleh didenda sehingga RM300,000 atau enam tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sementara itu, menjawab soalan asal Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik) mengenai usaha kementeria­n dalam menyediaka­n perkhidmat­an dialisis yang efektif, Hilmi berkata KKM sedang berusaha memperluas kaedah rawatan ‘Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis’ (CAPD), yang boleh dilakukan pesakit itu sendiri di rumah sebanyak tiga kali sehari.

“Ini bagi menampung peningkata­n bilangan pesakit yang memerlukan rawatan dialisis, selain mengurangk­an keperluan kemudahan dialisis untuk pesakit baharu,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia