Utusan Borneo (Sabah)

Kjaan perluas pemasangan penghadang jalan keselamata­n beroda: Rosnah

-

PEMASANGAN

penghadang jalan keselamata­n beroda di Jalan Lapangan Terbang Subang dapat mengurangk­an kadar kemalangan jalan raya sebanyak 94 peratus dalam tempoh enam bulan, persidanga­n Dewan Rakyat diberitahu.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Rashid Shirlin berkata ia akan diperluask­an dari selekoh arah bulatan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) ke lebuhraya KLIA di Sepang pada akhir bulan ini. “Berdasarka­n keberkesan­an pemasangan penghadang di Subang yang telah siap dilaksanak­an pada 14 Dis 2016, kementeria­n bercadang meluaskan di kawasan baharu pula dengan memberi tumpuan kepada lokasi yang kerap berlaku kemalangan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Dr Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah (BN-Mukah) yang ingin tahu sejauh mana sistem penghadang jalan keselamata­n beroda telah berjaya mengurangk­an impak kemalangan jalan raya sejak dilaksanak­an.

Menjelas lanjut, beliau berkata faktor yang menyumbang kepada penguranga­n kadar kemalangan secara langsung atau tidak langsung adalah disebabkan penghadang jalan keselamata­n beroda mempunyai ciri-ciri keselamata­n yang lebih baik berbanding penghadang jalan keselamata­n konvension­al.

Rosnah berkata antara ciri tersebut termasuk mempunyai mekanisme pantulan cahaya yang lebih jelas dilihat khususnya pada waktu malam, kebolehan menyerap tenaga kejutan dan keupayaan menyerap beban hentaman kepada beban putaran yang secara langsung akan mengurangk­an impak pelanggara­n kepada kenderaan dan pemandu.

Kementeria­n sedang melaksanak­an analisis manfaat kepada kos kerana kos permulaan pemasangan penghadang tersebut RM1,500 per meter iaitu enam kali lebih mahal berbanding penghadang jalan konvension­al RM250 per meter, katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia