Utusan Borneo (Sabah)

Persediaan ajar ASK di Sabah UMS latih 150 guru menerusi Program Pemikiran Komputasio­nal

-

LABUAN: Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporatio­n

(MDEC) telah melatih seramai 150 guru menerusi Program Kemahiran Pemikiran Komputasio­nal dan Sains Komputer (CT/ CS) di Fakulti Komputeran dan Informatik, UMS.

Program lima hari seminggu untuk satu sesi itu telah dilaksanak­an selama 10 minggu.

Seramai 120 guru sekolah menengah dan 30 guru sekolah rendah dari seluruh Sabah terlibat dalam program itu, hanya 15 guru sahaja dilatih pada setiap sesi.

Objektif utama program adalah untuk mendedahka­n guru-guru kepada kemahiran pemikiran komputasio­nal serta pengaplika­sian pedagogi BIC (Brain-based, Inquirybas­ed, and Computatio­nal

Thinking-based) dalam sesi pengajaran dan pembelajar­an di sekolah. Selain itu, program juga adalah penting sebagai sebahagian daripada persediaan guru-guru untuk mengajar subjek Asas Sains Komputer (ASK) Tingkatan 1 serta subjek Sains Komputer (SK) Tingkatan 4 di sekolahsek­olah menengah seluruh Sabah.

Pemikiran Komputasio­nal dan Sains Komputer adalah salah satu program di bawah inisiatif #mydigitalm­aker yang merupakan inisiatif yang diterajui oleh MDEC bersama Kementeria­n Pendidikan Malaysia, industri dan universiti untuk meningkatk­an kemahiran digital dan berfikir aras tinggi dalam kalangan pelajar serta menyediaka­n mereka untuk menghadapi pasaran kerja baharu ekonomi digital.

Sebelum program dilaksanak­an, Pengerusi Digital Maker Hub (DMH) UMS Prof Madya Dr Ag Asri Ag Ibrahim telah menghantar seramai lima pensyarah menghadiri latihan CT/CS yang dianjurkan oleh MDEC di Putrajaya.

Pensyarah-pensyarah yang terlibat adalah Prof Madya Dr Sabariah Shariff, Dr Chin Pei Yee, Asni Tahir, Nordaliela Mohd Rusli dan Dr Chin Kim On. Selaku ketua rombongan, Kim On juga merupakan Ketua Program Sains Komputer (Kejurutera­an Perisian).

“Selain daripada CT/ CS, DMH UMS turut menyediaka­n kursus seperti pengaturca­raan Python, Asas Arduino, pengaturca­raan visual dengan Scratch, dan pengaturca­raanvisual­aplikasi mudah alih. Kandungan kursus yang disediakan adalah bersesuaia­n untuk golongan pelajar sekolah rendah dan menengah,” kata Ag Asri.

“Penawaran kursuskurs­us di DMH UMS turut merupakan hasrat Naib Canselor UMS Prof Dr D Kamaruddin D Mudin yang mana beliau menggalakk­an dan ingin melihat UMS melalui FKI untuk menjadi pemangkin negeri Sabah ke arah IR4.0,” katanya.

Sementara itu, menurut Kim On, program CT/CS bukan sahaja sesuai untuk guru yang mengajar subjek ASK serta SK, malah ia juga penting dan sesuai untuk mana-mana guru.

“Ia kerana, pedagogi BIC dalam kandungan program CT/CS ini merupakan satu teknik pengajaran dan pembelajar­an yang baru. Kandungan program CT/CS ini dapat meningkatk­an kemahiran pemikiran komputasio­nal seseorang individu.

“Teknik pengajaran dan pembelajar­an tradisiona­l yang memaksa pelajar untuk membaca dan menghafal tidak lagi memberikan kesan yang baik kepada sesi pengajaran dan pembelajar­an pada abad ke - 21,” katanya.

Beliau berkata, pemikiran komputasio­nal adalah penting untuk memberikan asas yang kukuh kepada generasi muda dengan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif berdasarka­n konsep sains komputer, seperti penguraian, debugging, penjujukan dan algoritma.

Murid akan diajar bagaimana menggunaka­n konsep-konsep itu untuk menyelesai­kan masalah dunia sebenar dan kemudianny­a dapat menghasilk­an penyelesai­an secara inovatif.

“Teknik pengajaran dan pembelajar­an menggunaka­n pedagogi BIC dapat memupuk tabiat pelajar untuk belajar sendiri menyelesai­kan masalah dengan cara inovatif. Melalui aktiviti yang dilakukan, pelajar dapat berkongsi ilmu dengan pelajar yang lain, serta meningkatk­an pemahaman tentang kandungan kursus dengan lebih mudah,” tambahnya.

“Selain

daripada CT/CS, DMH UMS turut menyediaka­n kursus seperti pengaturca­raan Python, Asas Arduino, pengaturca­raan visual dengan Scratch, dan pengaturca­raan visual aplikasi mudah alih. Kandungan kursus yang disediakan adalah bersesuaia­n untuk golongan pelajar sekolah rendah dan menengah,” kata Ag Asri selaku pengerusi DMH, UMS. PROF MADYA DR AG ASRI AG IBRAHIM Pengerusi Digital Maker Hub (DMH) UMS

 ??  ?? (Gambar kanan) TEKNIK pembelajar­an berasaskan mengajar dan belajar bersama.
(Gambar kanan) TEKNIK pembelajar­an berasaskan mengajar dan belajar bersama.
 ??  ?? (Gambar bawah) AG Asri (tengah) bersama guruguru (sesi 7 dan 8), serta pensyarah CT/CS UMS.
(Gambar bawah) AG Asri (tengah) bersama guruguru (sesi 7 dan 8), serta pensyarah CT/CS UMS.
 ??  ?? TEKNIK pembelajar­an berasaskan kumpulan.
TEKNIK pembelajar­an berasaskan kumpulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia