Utusan Borneo (Sabah)

1,500 sertai larian ‘Sapphire Night Run’

Sempena sambutan ulangtahun ke-65 HDOK Sandakan

- Oleh SALMAN ABADI

SANDAKAN: Program larian ‘Sapphire Night Run’ sejauh 6.5 kilometer anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan yang berlangsun­g malam Sabtu mendapat sambutan yang amat membanggak­an.

Peserta larian bukan sahaja datangnya dari sekitar daerah Sandakan, tetapi ia juga disertai pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur termasukla­h dari Beluran, Kinabatang­an, Telupid, Kota Kinabalu dan sebagainya.

Setiausaha Jawatankua­sa Penganjur Atien Danny berkata hampir 1,500 orang menyertai larian itu yang bermula jam 8 malam.

Katanya, para peserta larian dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM65 seorang dan semua peserta yang mendaftar mendapat sehelai baju T neon.

Baju T kenang-kenangan itu turut bercetak tulisan Sapphire Night Run #65 Years of Health Care Excellence di bahagian belakang, manakala di bahagian depan tertera Logo Jubli Nilam (Sapphire Jubilee) iaitu logo khas yang telah dilancarka­n oleh Pengarah Hospital Sandakan, Dr Francis Paul pada 27 April 2017 sempena Sambutan Ulangtahun Ke-65 HDOK Sandakan.

Pelepasan larian tepat jam 8 malam itu disempurna­kan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sabah Datuk Dr Christina Rundi yang seterusnya menyampaik­an hadiah kepada para pemenang.

Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Kesihatan Dr William Gotulis.

Perkaranga­n Klinik Pakar dan Hospital Sandakan turut berwarna-warni dengan gemerlapan dihujani percikan bunga api di udara selepas pelepasan larian itu, menyerikan kemeriahan suasana pada malam itu.

Atien yang juga Setiausaha Agung Kelab Kebajikan dan Rekreasi HDOK Sandakan berkata, peserta larian dibahagika­n kepada empat kategori iaitu Master dan Terbuka Wanita serta Master dan Terbuka Lelaki.

Kesemua kategori menawarkan hadiah lumayan berupa wang tunai RM500 untuk johan, naib johan RM200 dan ketiga RM100, manakala pemenang tepat ke-4 hingga ke-10 (setiap kategori) masing-masing menerima hadiah saguhati RM50, di samping medal bagi semua peserta yang berjaya menamatkan larian.

Sebelum acara larian dilepaskan, para peserta turut menyertai acara senamrobik beramai-ramai di Pekarangan Klinik Pakar Hospital dan dihoskan oleh kumpulan senamrobik yang dikendalik­an dan diketuai oleh Coach David dari HDOK.

Selain, pelbagai acara turut diadakan sempena larian itu termasukla­h persembaha­n nyanyian karaoke, persembaha­n zumba beramai-ramai dan juga cabutan bertuah berdasarka­n nombor bib para peserta larian.

Sementara itu, Pengarah HDOK Sandakan Dr Francis Paul merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat membantu menjayakan larian itu.

Katanya, semua ahli jawatankua­sa (AJK) yang terlibat serta seluruh warga HDOK amat terharu dengan sokongan dan kesudian Pengarah JKN Sabah Datuk Dr Christina Rundi untuk hadir bersama dan menyempurn­akan pelepasan peserta dan juga penyampaia­n hadiah kepada para pemenang.

Menurutnya, komitmen dan kerjasama yang diberikan khasnya masyarakat Sandakan serta pelbagai agensi/jabatan kerajaan dan swasta untuk menjayakan program itu adalah amat membanggak­an.

Beliau berkata, ia bukan sahaja dapat mengeratka­n hubungan silaturahi­m dan kerjasama dalam kalangan warga hospital, tetapi juga memantapka­n lagi perpaduan pelbagai lapisan masyarakat khasnya di daerah Sandakan.

Program itu turut dijayakan dengan kerjasama pihak Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan, Sedafiat Sdn Bhd dan sebagainya, manakala pihak swasta yang terlibat membantu penajaan program itu termasukla­h Tritonic, Indocafe, Kelly Bakery, Ayam Brand dan lain-lain.

Francis menjelaska­n, antara objektif program larian itu ialah mempromosi­kan gaya hidup sihat melalui sukan larian, di samping merapatkan silaturahi­m dalam kalangan kakitangan hospital dengan masyarakat setempat.

Katanya, larian Sapphire Night Run itu diadakan sempena sambutan ulangtahun HDOK Sandakan yang ke-65 tahun, sebagai sebuah hospital moden yang pertama di Sabah.

“Jumpa lagi anda semua pada program sambutan ulangtahun ke-70 (2022) HDOK Sandakan,” katanya.

Untuk rekod, sejarah Hospital Duchess of Kent Sandakan bermula seawal tahun 1900.

Bangunan hospital yang pertama dibina di lokasi persimpang­an antara Jalan Singapura dengan Jalan Bukit Bendera, dekat bandar Sandakan.

Ia terdiri daripada beberapa bangunan kayu dan kajang yang dapat memenuhi keperluan kesihatan dan perubatan penduduk sekitar Sandakan pada masa tersebut.

Malangnya, semasa Perang Dunia Kedua (1945), ia musnah apabila dibom oleh Tentera Jepun.

Setelah peperangan tamat, pihak British telah mula membina sebuah hospital baharu di lokasi tapak hospital sedia ada pada hari ini.

Hospital baru dua tingkat jenis kekal ini dibina pada tahun 1951 dan merupakan hospital moden pertama di negeri Sabah.

Pembinaan bangunan hospital ini siap sepenuhnya pada tahun 1953 dan pembukaan rasmi hospital ini telah disempurna­kan oleh HRH Duchess of Kent ketika itu pada 20 Oktober 1952.

Ia dinamakan Hospital Duchess of Kent bersempena nama perasminya.

Mulai tahun 1996, HDOK mula mengalami perubahan dengan penambahan blok bangunan seiring dengan penambahan jenis perkhidmat­an kepakaran yang diberikan kepada masyarakat.

Pada 1999, Bangunan Klinik Pakar telah dibina dan mula beroperasi dengan nilai projek menelan perbelanja­an berjumlah RM31 juta.

Dua tahun kemudian, Bangunan Stor Integrasi telah siap dibina pada 2001 dengan kos sebanyak RM2.2 juta.

Pada tahun berikutnya (2002), Bangunan Unit Forensik bernilai RM2.24 juta juga siap dibina.

Sejajar dengan keperluan semasa, usaha untuk meningkatk­an dan memperluas­kan fasiliti perkhidmat­an perubatan di hospital ini, Bangunan Blok Wad 3 – 6 tingkat telah dibina dan disiapkan sepenuhnya pada 2007 dengan kos RM44.4 juta dengan penambahan bilangan katil sebanyak 168 buah.

Penganjura­n program Sapphire Night Run 2017 bukan sahaja berjaya mempromosi­kan HDOK dari aspek sejarah tetapi juga pelbagai perkhidmat­an kesihatan untuk rakyat.

Selain itu, ia juga membawa mesej untuk mengajak masyarakat ke arah penjagaan kesihatan menerusi pembudayaa­n amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan serta pemakanan yang sihat dan seimbang untuk kesihatan dan kehidupan yang lebih berkualiti demi kesejahter­aan rakyat dan pembanguna­n negara.

“Ia

bukan sahaja dapat mengeratka­n hubungan silaturahi­m dan kerjasama dalam kalangan warga hospital, tetapi juga memantapka­n lagi perpaduan pelbagai lapisan masyarakat khasnya di daerah Sandakan. DR FRANCIS PAUL Pengarah HDOK Sandakan

 ??  ?? FRANCIS (kiri), Dr Christina dan Dr William bersama 10 pemenang kategori Wanita Terbuka.
FRANCIS (kiri), Dr Christina dan Dr William bersama 10 pemenang kategori Wanita Terbuka.
 ??  ?? CHRISTINA (tengah) bersama Dr Francis dan Dr William bersama pemenang kategori Wanita Master Shapphire Night Run.
CHRISTINA (tengah) bersama Dr Francis dan Dr William bersama pemenang kategori Wanita Master Shapphire Night Run.
 ??  ?? CHRSITINA (empat kiri) bersama ahli kumpulan hos senamrobik pimpinan David (tiga kiri).
CHRSITINA (empat kiri) bersama ahli kumpulan hos senamrobik pimpinan David (tiga kiri).
 ??  ?? JOHAN kategori Wanita Terbuka dari Kelan SKR menerima hadiah RM500 disampaika­n Dr Christina.
JOHAN kategori Wanita Terbuka dari Kelan SKR menerima hadiah RM500 disampaika­n Dr Christina.
 ??  ?? CHRISTINA (dua kiri) menyampaik­an hadiah johan kategori Master Wanita.
CHRISTINA (dua kiri) menyampaik­an hadiah johan kategori Master Wanita.
 ??  ?? AJK penganjur ceria bergambar kenangan bersama Dr Christina (empat kiri).
AJK penganjur ceria bergambar kenangan bersama Dr Christina (empat kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia