Utusan Borneo (Sabah)

Pastikan TPI terpelihar­a

Gesaan kepada warga SMK Tebobon

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

KOTA KINABALU: Warga SMK Tebobon perlu memastikan Taman Pendidikan Islam (TPI) di sekolah kekal terpelihar­a untuk dimanfaatk­an oleh semua pelajar sama ada dari sekolah itu sendiri, sekolah luar dan badan NGO, kata Pengetua Cemerlang Loh Kok Cheang.

Beliau menggesa agar warga sekolah itu mengekalka­n fungsi sebenar TPI sebagai taman teori dan menjadi lokasi bagi latihan amali sembelihan, haji dan pengurusan jenazah untuk kegunaan pelajar untuk meningkatk­an kefahaman mereka mengenai mata pelajaran yang dipelajari.

Loh berkata demikian selepas merasmikan Program Khidmat Masyarakat Pembaikan dan Penyelengg­araan serta Gotong-Royong Pembersiha­n Taman Pendidikan Islam di sini pada Sabtu.

Beliau juga melahirkan rasa bangga dengan usaha yang dilakukan oleh warga Tebobon untuk mengadakan program melestarik­an TPI itu.

Program itu dianjurkan TamanPendi­dikanIslam­yang diselarask­an oleh Ustazah Hartini A Rahman dengan kerjasama Erna Redwan selaku Ketua Panitia PSK dan PIBG SMK Tebobon yanh dipengerus­ikan Taidin Suhaimin dan dibantu guruguru PI dan PSK.

Ia juga melibatkan pelajar kelas al Galah dan sebahagian pelajar Tingkatan 5.

Menurut Ustazah Hartini, fasa itu akan diteruskan lagi dengan menghijauk­an taman dengan pokok-pokok yang membawa hasil.

Adalah diharap dengan terjaganya TPI itu dapat melestarik­an pendidikan Islam dan pendidikan sivik dalam kalangan pelajar SMK Tebobon.

 ??  ??
 ??  ?? PELAJAR mengikis cat lama untuk menceriaka­n pondok ilmu di sekitar TPI. (gambar kiri) LOH bersama sebahagian peserta program gotong-royong.
PELAJAR mengikis cat lama untuk menceriaka­n pondok ilmu di sekitar TPI. (gambar kiri) LOH bersama sebahagian peserta program gotong-royong.
 ??  ?? LOH merasmikan Program Gotong Royong membersihk­an TPI.
LOH merasmikan Program Gotong Royong membersihk­an TPI.
 ??  ?? PELAJAR Tingkatan 5 yang turut menjayakan program.
PELAJAR Tingkatan 5 yang turut menjayakan program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia