Utusan Borneo (Sabah)

Larian kumpul dana pendidikan Tadika Luk Yuk Keningau

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Tadika Lok Yuk di sini akan mengadakan Larian Untuk Lok Yuk pada 28 Oktober ini bagi mengumpul dana pendidikan tadika itu.

Pengerusi penganjur Tey Kian Soon berkata, walaupun acara itu diadakan pada bulan Oktober namun pendaftara­n awal telahpun bermula sejak 1 Ogos sehingga 14 Oktober ini.

Katanya larian itu terbuka kepada lima kategori di mana bagi kategori 8 kilometer adalah bagi lelaki dan wanita terbuka di bawah 40 tahun, lelaki dan wanita veteran 41 tahun ke atas sementara kategori Family Fun Run sejauh tiga kilometer termasuk kanak-kanak tiga tahun ke atas.

“Pendaftara­n para peserta bermula pada 1 Ogos sehingga tarikh tutup pada 14 Oktober melalui borang atau secara online. Semasa pendaftara­n para peserta dibekalkan beg, baju T dan bib.

“Setiap peserta dikenakan yuran RM60 bagi yang berumur 13 tahun ke atas dan RM30 bagi peserta yang berumur antara tiga dan 12 tahun,” katanya pada Selasa.

Tey berkata, penyertaan akan mendapat medal, sijil dan cabutan bertuah sementara hadiah kepada para pemenang adalah berupa wang tunai dan hamper.

Pelepasan serta penamatan larian adalah di Kompleks Sukan Keningau dan pihak penganjur menyasarka­n seramai 2,000 peserta.

Menurut beliau, acara itu mendapat kerjasama daripada Pejabat Daerah, Pejabat Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah Daerah Keningau serta Pejabat Belia dan Sukan Persekutua­n Bahagian Keningau.

Para peserta dikehendak­i sudah bersedia di kompleks sukan pada jam 5.30 pagi dan pelepasan jam 6.30 pagi yang diikuti dengan cabutan bertuah, persembaha­n serta penyampaia­n hadiah.

Ahli jawatankua­sa larian turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Pegawai Daerah Haji Yusop Haji Osman di Pejabat Daerah di sini, baru-baru ini.

Pada pertemuan itu, Pengerusi Lembaga Pengurusan Tadika Lok Yuk Ronny Hiew memberitah­u Larian Untuk Lok Yuk diadakan sempena ulangtahun ke-20 tadika itu.

“Tujuan acara adalah untuk mengumpul dana pendidikan bagi pembanguna­n pendidikan tadika ini di samping menyuntik semangat kesukanan dalam kalangan murid tadika dan komuniti tempatan.

“Selain itu, larian ini juga untuk memperkena­lkan daerah ini sempena Tahun Melawat Keningau 2018,” katanya.

Ronny berkata, Tadika Lok Yuk yang terletak di Jalan Lingkudau telah mula beroperasi pada 1997.

Katanya, bangunan itu mempunyai enam bilik darjah, 13 guru dan seramai 163 pelajar iaitu 65 Cina dan 98 bumiputera.

Sementara itu, Yusop turut menyokong dan memberi kerjasama kepada penganjura­n larian itu yang disifatkan sebagai salah satu platform dalam memupuk semangat kesukanan, perpaduan dan muhibbah dalam kalangan peserta yang terdiri pelbagai kaum.

“Saya percaya melalui program ini, ia juga menjulang nama Keningau sebagai salah satu daerah yang menjadi tarikan dan destinasi pelanconga­n terutama menjelangn­ya Tahun Melawat Keningau 2018,” katanya.

 ??  ?? TEY (tiga kiri) menyerahka­n poster Larian Untuk Lok Yuk kepada Yusop. Turut kelihatan Ronny (dua kanan) dan AJK penganjur lain.
TEY (tiga kiri) menyerahka­n poster Larian Untuk Lok Yuk kepada Yusop. Turut kelihatan Ronny (dua kanan) dan AJK penganjur lain.
 ??  ?? TEY (duduk, tengah) bersama AJK dan pegawai-pegawai mewakili jabatan-jabatan kerajaan selepas mempengeru­si mesyuarat larian itu.
TEY (duduk, tengah) bersama AJK dan pegawai-pegawai mewakili jabatan-jabatan kerajaan selepas mempengeru­si mesyuarat larian itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia