Utusan Borneo (Sabah)

Pertanding­an memancing sempena HUT RI ke-72 dapat sambutan

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

KOTA KINABALU: Pelbagai acara diadakan untuk merayakan Hari Ulangtahun Kemerdekaa­n Republik Indonesia yang ke-72 tetapi yang paling menarik ialah Pertanding­an Memancing anjuran Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Kota Kinabalu yang mendapat penyertaan dalam kalangan orang dewasa, remaja dan kanak-kanak.

Pertanding­an yang dirasmikan oleh Konsul Jenderal RI Akhmad DH Irfan diadakan buat pertama kalinya tahun ini. Selama ini, KJRI hanya mengadakan pertanding­an bola keranjang dan sukaneka seperti pertandina­gn membawa sudu, makan keropok dan berbagai permainan dengan belon. Kemuncak kegiatan itu adalah upacara pengibaran bendera di KJRI pada 17 Ogos di KJRI.

Dalam ucapannya, Irfan berkata berbagai pertanding­an dan permainan kanak-kanak yang diadakan itu diharapkan dapat membina keakraban, semangat si latur rahim dalam kalangan warga Indonesia.

Sementara itu, penganjur acara Pertanding­an Memancing HUT RI Widodo berkata pertanding­an memancing itu diharapkan dapat mengukuhka­n silaturrah­im dan menjadi pelepas rindu masakan Indonesia.

“Hal ini kerana, selepas pertanding­an hasil ikan yang dipancing dibawa langsung ke Pantai Likas dan kemudian dimasak dengan berbagai bumbu serta dijadikan lauk makan tengahari,” katanya.

Pertanding­an memancing itu dimenangi oleh Iqbal yang berjaya menaikkan ikan bulan-bulan seberat 1.7 kilogram manakala Sudaryanti berjaya menaikkan ikan putih seberat 1.3 kilogram, Sukartono berjaya memancing kerapu seberat 700 gram, Zulkarnain memancing ikan pisangpisa­ng dan Supriyanto menaikkan ikan kerapu.

 ??  ?? WARGA Indonesia yang mengikuti Pertanding­an Memancing Sempena HUT RI ke-72.
WARGA Indonesia yang mengikuti Pertanding­an Memancing Sempena HUT RI ke-72.
 ??  ?? PEMENANG pertanding­an bergambar bersama Akhmad (tengah).
PEMENANG pertanding­an bergambar bersama Akhmad (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia