Utusan Borneo (Sabah)

Diiktiraf malim gunung bertauliah

20 berjaya tamatkan kursus bermula 24 Julai hingga 8 Ogos

- Oleh JAINUDIN NASIR

Projek NICE itu sebagai satu program murni bagi memberi ilmu pengetahua­n serta pengalaman berguna kepada peserta dalam menjalanka­n tugas sebagai malim gunung yang bertauliah. THOMAS MORE WILLIE Presiden Persatuan Hotel Sabah & Labuan

RANAU: Seramai 20 malim Gunung Kinabalu menamatkan kursus anjuran Nurture Inspire Cultivate Empower (NICE).

Kursus Siri 2 bermula 24 Julai dan berakhir 8 Ogos itu telah mendapat tajaan beberapa agensi kerajaan dan swasta termasukla­h Malaysian Associatio­n of Hotel, Sutera Sanctuary Lodges, Hard Rock Café Kota Kinabalu, Kinabalu Pine Resort, The Sabah Parks, Sangri La Tanjung Aru Resort & Spa, Sangri La Rasa Ria Resort & Spa, Pingu’s English Kota Kinabalu dan Kupi-Kupi FM sebagai media rasmi.

Majlis khas pengijazah­an kepada semua peserta disempurna­kan Presiden Persatuan Hotel Sabah & Labuan Thomas More Willie yang turut menaja RM10,000 kepada penganjur untuk kos pelaksanaa­n projek dan diagihkan sebagai galakan serta motivasi kepada peserta.

Thomas dalam ucapannya menyifatka­n projek NICE itu sebagai satu program murni bagi memberi ilmu pengetahua­n serta pengalaman berguna kepada peserta dalam menjalanka­n tugas sebagai malim gunung yang bertauliah.

Sebagai seorang malim gunung katanya, mereka perlu bijak serta berilmu pengetahua­n dan mempelajar­i banyak perkara bukan sahaja untuk keselamata­n diri sendiri, malah bersiap siaga untuk menyelamat orang lain pada bila-bila masa diperlukan, terutama ketika berlaku kecemasan sama ada di Gunung Kinabalu ataupun persekitar­annya.

“Anda yang sudah menerima tauliah (Ijazah) menjadi harapan bersama agensi penyelamat yang lain untuk berada di hadapan dan bertindak sebagai pencari dan penyelamat apabila berlaku sesuatu tragedi, seperti pelancong/pendaki sakit, terjatuh dan terseliuh,” katanya.

Beliau turut memuji jawatankua­sa penganjur kerana berjaya melaksanak­an kursus siri dua itu dengan lancar dan teratur.

“Tahniah kepada NICE dan Amazing Borneo kerana berjaya melaksanak­an kursus itu dengan cara yang terbaik sekali,” katanya.

Terdahulu, ketua peserta Mil te r G angkuh merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada pihak NICE dan Amazing Borneo khususnya barisan pembimbing serta penceramah sepanjang kursus kerana mendidik para peserta tanpa jemu.

Beliau menyifatka­n projek NICE itu amat berguna dan berfaedah kepada seorang yang diamanahka­n sebagai malim gunung kerana bukan sahaja diberi pendedahan berhubung tugas dan tanggungja­wab sebagai penyelamat malah mereka juga telah didedahkan untuk menguasai Bahasa Inggeris selain mahir berbahasa Melayu dan bahasa tempatan.

“Kami berasa amat bertuah kerana berpeluang menyertai kursus seperti ini dan berjaya menamatkan­nya sehingga memperoleh segulung Ijazah, yang membuktika­n kami diberi kepercayaa­n penuh menjawat tugas sebagai malim gunung bertauliah.

“Kami juga berasa bertuah kerana mendapat bimbingan daripada peserta Malaysia yang pertama menawan puncak Gunung Everest, Ravichandr­an, ceramah daripada Bomba dan Penyelamat serta pendedahan pengalaman berhubung flora dan fauna daripada Alim Biun,” katanya.

Turut hadir di majlis itu ialah Pengurus Operasi Amazing Borneo yang juga Presiden NICE Lesley Hiew Soon Sang, Penolong Pengurus Taman Kanan, Kawasan Taman Kinabalu Maureen Jane, Pengarah Amazing Borneo Tour Kenji Yeo, Pingu’s English Kota Kinabalu Crystal Lee, Pengurus Kinabalu Pines Resort Albert Shim dan Pengerusi Persatuan Malim Gunung Kinabalu Junaydie Sihan.

Majlis berakhir dengan persembaha­n Slide Pronek dan Buskers oleh para peserta bertajuk ‘Season In The Sun’ dan ‘Sayang Kinabalu’.

 ??  ?? MALIM Gunung Kinabalu merakam gambar kenangan bersama para penaja dan wakil penaja projek NICE.
MALIM Gunung Kinabalu merakam gambar kenangan bersama para penaja dan wakil penaja projek NICE.
 ??  ?? PARA malim gunung menunggu giliran untuk menerima Ijazah masingmasi­ng.
PARA malim gunung menunggu giliran untuk menerima Ijazah masingmasi­ng.
 ??  ?? BUSKERS Group Graduan Malim Gunung Kinabalu merakam gambar kenangan.
BUSKERS Group Graduan Malim Gunung Kinabalu merakam gambar kenangan.
 ??  ?? THOMAS (kiri) menyampaik­an replika cek RM10,000 kepada Lesley.
THOMAS (kiri) menyampaik­an replika cek RM10,000 kepada Lesley.
 ??  ?? ANTARA ahli Amazing Borneo yang hadir.
ANTARA ahli Amazing Borneo yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia