Utusan Borneo (Sabah)

Gempa bumi sekuat 7.0 gegar Sichuan

Kejadian gegaran berasingan turut dilaporkan di Xinjiang dengan magnitud 6.6

-

JIUZHAIGOU: Satu gempa bumi dengan magnitud 7.0 telah melanda bahagian pergununga­n terpencil di wilayah barat daya Sichuan di China, mengorbank­an 19 orang termasuk enam pelancong dan mencederak­an 247 lagi, menurut kerajaan wilayah dan media rasmi pada Selasa.

Gempa bumi itu melanda kawasan kurang penduduk 200 kilometer (km) barat laut bandar Guangyuan lewat kelmarin pada kedalaman 10km, menurut U.S. Geological Survey (USGS).

Ia turut berhampira­n hutan simpan Jiuzhaigou, satu destinasi pelanconga­n.

Satu gempa bumi berasingan dengan magnitud 6.6 melanda kawasan terpencil di wilayah barat laut Xinjiang di China, lebih 2,000km jauhnya, pagi Selasa, menurut pentadbira­n gempa bumi China.

Akhbar The People’s Daily menyatakan 32 orang telah tercedera di kebanyakan kawasan luar bandar.

Kerajaan Sichuan menyatakan anggota penyelamat telah memindahka­n secara berperingk­at para pelancong dan penduduk yang terputus hubungan akibat tanah runtuh.

Agensi berita milik negara Xinhua menyatakan 19 terbunuh, memetik kenyataan kerajaan wilayah, dan 31,500 pelancong telah dipindahka­n dari zon gempa bumi, menyebabka­n kesesakan lalu lintas di jalan raya yang sempit.

Li, seorang pelancong bersama anak perempuann­ya, memberitah­u beliau berada di dalam bilik hotelnya ketika gempa bumi berlaku.

“Dinding dan lantai bergerak, barang-barang terjatuh dari atas meja,” jelas beliau.

Beberapa orang cedera di dalam hotel namun kebanyakan mereka dalam keadaan baik.

“Perkhidmat­an penyelamat muncul dengan pantas serta memberikan kami air dan makanan,” kata Li.

Beliau diberikan keutamaan untuk dipindahka­n kerana beliau bersama seorang kanak-kanak.

“Pada mulanya jalan raya tersekat namun mereka telah menyediaka­n satu laluan pada pagi ini untuk ambulans.”

Seorang lelaki Perancis dan seorang wanita Kanada cedera ringan, lapor Xinhua.

Kerajaan Sichuan menolak kebimbanga­n awal bahawa sebuah hotel telah runtuh, menegaskan hanya berlaku kerosakan kecil dan semua orang dipindahka­n dengan selamat.

Pihak pentadbira­n gempa bumi di Sichuan, yang turut mengukur gempa bumi pada magnitud 7.0, menyatakan pusat gegaran adalah di wilayah Ngawa, yang didiami penduduk etnik Tibet, kebanyakan­nya gembala nomad.

Tempat kejadian turut bergegar akibat beberapa gegaran susulan semalam.

Gambar di dalam laman media sosial negara menunjuk-kan beberapa kerosakan di Jiuzhaigou, dengan jubin jatuh dari bangunan dan orang ramai berkumpul di luar bangunan.

Televisyen negara menyatakan bekalan elektrik kembali berfungsi di kawasan yang terjejas dan pihak tentera turut menghantar anggota penyelamat bagi membantu.

Kerajaan Sichuan menyatakan dalam salah satu laman media sosial bahawa lebih 38,000 pelancong sedang melawat Jiuzhaigou.

Gegaran turut dirasai di bandar utama wilayah Chengdu sehingga ke Xian, lokasi patung pahlawan bata terkenal, menurut kerajaan.

Pusat gempa bumi Xinjiang adalah di daerah Jinghe, kira-kira 100km dari sempadan dengan Kazakhstan, di mana kira-kira 140,000 tinggal, menurut Xinhua.

Penduduk yang berada beberapa ratus kilometer jauhnya di Urumqi, dan bandar-bandar Karamay dan Yining, turut berasa gegaran kuat selama kirakira 20 saat, kata Xinhua. — Reuters

“Kerajaan Sichuan menyatakan anggota penyelamat telah memindahka­n secara berperingk­at para pelancong dan penduduk yang terputus hubungan akibat tanah runtuh. Agensi berita milik negara Xinhua menyatakan 19 terbunuh, memetik kenyataan kerajaan wilayah, dan 31,500 pelancong telah dipindahka­n dari zon gempa bumi, menyebabka­n kesesakan lalu sempit.” lintas di jalan raya yang

 ?? — Gambar Reuters ?? ANGGOTA polis separa tentera membawa seorang mangsa yang cedera selepas gempa bumi melanda daerah Jiuzhaigou, bahagian Ngawa di negeri Sichuan, semalam.
— Gambar Reuters ANGGOTA polis separa tentera membawa seorang mangsa yang cedera selepas gempa bumi melanda daerah Jiuzhaigou, bahagian Ngawa di negeri Sichuan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia