Utusan Borneo (Sabah)

Pemandu buat ancaman bom palsu di Brussels

-

Seorang pemandu yang menyatakan keretanya berisi dengan bahan letupan telah mencetuska­n kekecohan keselamata­n di Brussels kelmarin, namun pendakwa raya menyatakan tiada apa-apa yang telah ditemui di dalam kenderaan tersebut.

Pihak polis telah melakukan satu sekatan kecemasan di kawasan kejiranan Molenbeek, menyebabka­n kira-kira 400 terkurung sementara pihak polis memeriksa kereta itu, selepas pemandunya melakukan ugutan tersebut.

Lelaki itu melanggar sekurang-kurangnya satu lampu merah, menyebabka­n ia dikejar oleh pihak polis yang membawa kepada kenderaan tersebut melanggar kereta lain. Pihak polis telah menembak ke arah kereta, menurut pihak pendakwaan.

Selepas ditahan, pemandu itu “segera menyatakan dia mempunyai bahan letupan di dalam kenderaan”.

Namun seorang jurucakap bagi perkhidmat­an pendakwaan Brussels kemudian memberitah­u AFP bahawa “tiada apa-apa yang mencurigai telah ditemui di dalam kenderaan itu.”

“Suspek adalah seorang rakyat Rwanda, dilahirkan pada 1981, dan tidak dikenali oleh pihak polis atau pihak berkuasa kehakiman,” tambah beliau.

Belgium telah berada dalam keadaan sangat berjaga-jaga selepas dua pengeboman ke atas perkhidmat­an metro dan lapangan terbangnya yang mengorbank­an 32 orang dan mencederak­an lebih dari 140 orang pada Mac 2016.

Serangan itu diakui oleh kumpulan Islamic State, seperti serangan November 2015 di Paris yang menyebabka­n 130 mati.

Beberapa orang yang bertanggun­gjawab bagi serangan Paris berasal dari Molenbeek, kawasan bagi sebuah komuniti besar pendatang Maghribi, dan telah bersembuny­i di sana selepas pembunuhan beramai-ramai sebelum akhirnya dikesan oleh pihak polis. — AFP

 ??  ?? ANGGOTA skuad pemusnah bom memeriksa kereta suspek yang memaparkan plat nombor Jerman di Molenbeek, Brussels kelmarin. — Gambar AFP
ANGGOTA skuad pemusnah bom memeriksa kereta suspek yang memaparkan plat nombor Jerman di Molenbeek, Brussels kelmarin. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia