Utusan Borneo (Sabah)

Turki buru wartawan

-

STOCKHOLM: Sweden kelmarin menyatakan ia berusaha untuk membantu seorang wartawan Sweden-Turki yang ditahan di Sepanyol selepas Ankara mengeluark­an waran tangkap antarabang­sa, ketika amaran mengenai kebebasan media di Turki tersebar.

Hamza Yalcin ditangkap pada 3 Ogos di lapangan terbang El Prat di Barcelona dan sedang dalam tahanan reman sementara mahkamah memutuskan sama ada untuk mengekstra­disikannya, menurut polis Sepanyol.

Menurut kumpulan hak asasi media Reporters Without Borders (RSF), Turki telah menuduh beliau terlibat dalam terorisme.

“Kementeria­n luar meminta agar dibenarkan melawat rakyat Sweden tersebut yang kini ditahan di Barcelona, Sepanyol,” menurut Menteri Luar Sweden Margot Wallstrom.

Menurut RSF, waran tangkap itu merupakan cubaan untuk cuba mendiamkan kritikan oleh rejim Turki, yang dituduh aktivis menahan beberapa wartawan di bawah perintah darurat dilaksanak­an selepas cubaan rampasan kuasa yang gagal pada tahun lepas.

Kumpulan itu menyatakan bahawa sejak 1984, Yalcin hidup dalam buangan di Sweden, di mana beliau menulis untuk Odak Dergisi, majalah dalam talian yang kritikal terhadap Ankara.

Turki berada pada kedudukan 155 bagi indeks kebebasan media dunia RSF terbaharu, di bawah Belarus dan Republik Demokratik Kongo, turun empat tempat daripada kedudukann­ya pada 2016.

Menurut laman sesawang kebebasan media P24, 162 wartawan kini meringkuk di dalam penjara di Turki, kebanyakan­nya ditahan sele-pas cubaan rampasan kuasa pada Julai 2016. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia