Utusan Borneo (Sabah)

Pegawai minta wang untuk serah mayat

-

Skandal rasuah di Brazil menimbulka­n tuduhan baharu yang mengerikan kelmarin di mana seorang kaunselor bandar Rio memaksa ahli keluarga membayar sebelum menuntut mayat orang tersayang.

Gilberto de Oliveira Lima dan dua pegawai lain dituduh membentuk kumpulan gengster di pusat siasatan perubatan Rio de Janeiro, di mana bedah siasat dibuat, menurut pejabat pendakwa raya negeri.

“Skim itu bermula sejak 2014 sehingga sekarang,” menurut pendakwa raya.

De Oliveira Lima dituduh berurusan dengan empat hospital bagi memindahka­n mayat ke pusat siasatan walaupun tiada sebab bagi bedah siasat.

Lima rumah mayat kemudian akan membayar wang kepada tiga pegawai terbabit untuk membolehka­n mereka membedah siasat mayat di pusat koroner, yang mana bertentang­an dengan undang-undang, menurut kenyataan itu.

“Untuk menambah keuntungan, pihak hospital menghantar mayat mereka yang mati secara semula jadi, tidak kejam atau mencurigak­an, yang tidak sepatutnya dihantar ke sana.

Akhirnya, saudara mara kepada si mati terpaksa membayar rasuah bagi mendapatka­n semula mayat,” kata jurucakap pendakwa raya.

Skim rumah mayat itu diumumkan ketika Brazil melalui skandal rasuah terbesar dalam sejarahnya.

Dalam operasi ‘Car Wash’, pendakwa raya persekutua­n mengesan penyelewen­gan dan skim rasuah di kalangan ahli politik tertinggi dan perniagaan besar.

Presiden Michel Temer sendiri dituduh menerima bayaran rasuah berjumlah jutaan dolar daripada sebuah syarikat pembungkus­an daging. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia