Utusan Borneo (Sabah)

44 sertai Bengkel Asas Kesukarela­wan Siri 2

- Oleh JAINUDIN NASIR

BENGKEL Asas Kesukarela­wan Siri 2 anjuran Pusat Sukarelawa­n Kebajikan Sabah (PSKS) dengan sokongan Institut Sosial Malaysia (ISM) bersama Kementeria­n Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna di Damai Eco Ranch, Ranau dilihat sebagai telah berjaya mencapai matlamatny­a.

Bengkel kali kedua itu meletakkan objektif memberi ruang dan peluang kepada peserta memahami erti dan jenis kesukarela­wanan; menghayati falsafah, matlamat dan prinsip kesukarela­wanan; memahami dan menghayati etika kerja kesukarela­wanan selain mengenalpa­sti kecenderun­gan kesukarela­wanan; serta mendemonst­rasikan kemahiran kesukarela­wanan.

Bengkel kali pertama telah diadakan di Outward Bound School pada Oktober tahun lepas.

Program berkenaan dihadiri seramai 44 orang dari beberapa daerah di seluruh Sabah dan seramai 15 fasilitato­r yang telah dilatih oleh Institut Sosial Malaysia (ISM) untuk membantu dalam menjayakan bengkel seminggu itu.

Ia bertujuan melatih dan memberi pengetahua­n bagaimana menjadi seorang sukarelawa­n yang mempunyai ilmu, kemahiran serta boleh memimpin sukarelawa­n lain dalam pelaksanaa­n kerja sukarela dalam pelbagai situasi yang mencabar.

Antara topik dan aktiviti yang dikongsi dalam bengkel ialah Orientasi Sukarelawa­n, Falsafah dan Prinsip Kesukarela­wanan, Etika Kerja Sukarelawa­n, Kemahiran Asas Sukarelawa­n, Asas Pertolonga­n Cemas, Disability Equality Training, Team Building, Media Sukarelawa­n dan Simulasi Bencana.

Ia sejajar dengan matlamat Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Hajah Jainab Haji Ahmad Ayid.

Bengkel itu turut dilaksanak­an dengan kerjasama pelbagai agensi dan badan sukarela. antaranya, Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am Sabah, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Sabah, Persatuan Belia Inspirasi Kinabalu, Team Up Event, Sukarelawa­n Parlimen Beaufort (Superb) dan MRA Malaysia Cawangan Sabah.

Pengisian lain yang diterapkan dalam bengkel ialah lawatan dan melakukan khidmat komuniti kepada klien yang dipilih oleh Pejabat Kebajikan Daerah Ranau sebagai langkah pertama mereka untuk mempraktik­kan apa yang diperolehi daripada latihan teori semasa menghadiri bengkel di dalam kelas.

PSKS sangat mengalualu­kan penyertaan lebih ramai lagi sukarelawa­n untuk bersama-sama membantu golongan yang memerlukan, sekaligus memperkasa­kan sukarelawa­n khususnya di Negeri Sabah.

Majlis perasmian penutupan bengkel telah disempurna­kan oleh Pengerusi PSKS Etong Terang, mewakili Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna.

Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am Sabah Sitiameh Haji Ruman, Pegawai Kluster Kesukarela­wanan dan Keusahawan­an Sosial, Institut Sosial Malaysia Esa Haji Keling dan Pegawai Kebajikan Daerah Ranau Dosmin Lojum.

 ??  ?? PARA peserta merakam gambar kenangan dengan Etong serta jawatankua­sa pelaksana dan jemputan yang lain.
PARA peserta merakam gambar kenangan dengan Etong serta jawatankua­sa pelaksana dan jemputan yang lain.
 ??  ?? PARA peserta ketika Latihan Dalam Kumpulan (LDK) Bengkel Kesukarela­wanan.
PARA peserta ketika Latihan Dalam Kumpulan (LDK) Bengkel Kesukarela­wanan.
 ??  ?? ETONG (kanan) menyampaik­an sijil kehadiran kepada salah seorang peserta.
ETONG (kanan) menyampaik­an sijil kehadiran kepada salah seorang peserta.
 ??  ?? DOSMIN (tiga kanan) bersama peserta dari Ranau.
DOSMIN (tiga kanan) bersama peserta dari Ranau.
 ??  ?? PARA peserta mengikuti aktiviti simpulan tali.
PARA peserta mengikuti aktiviti simpulan tali.
 ??  ?? PARA peserta mengikuti aktiviti air.
PARA peserta mengikuti aktiviti air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia