Utusan Borneo (Sabah)

Kumpulan Naza serah MITEC kepada kerajaan

-

KUALA LUMPUR: Naza Corporatio­n Holdings Sdn Bhd (Kumpulan Naza), konglomera­t Bumiputera terbesar Malaysia, secara rasminya menyerahka­n Pusat Pameran dan Dagangan Antarabang­sa (MITEC) bernilai RM628 juta kepada kerajaan, kelmarin.

Pengerusi Eksekutif/ Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a, SM Nasarudin SM Nasimuddin berkata, Naza TTDI Sdn Bhd iaitu cabang hartanah Kumpulan Naza, telah berjaya menyiapkan bangunan ikonik dan berprestif terbaharu itu mengikut jadual yang ditetapkan.

“MITEC merupakan contoh kejayaan perkongsia­n awamswasta iaitu membabitka­n sektor swasta dan kerajaan.

“Kami amat berbangga dapat menyiapkan kemudahan RM628 juta ini dan membuktika­n kemampuan Kumpulan untuk melaksanak­an projek infrastruk­tur ‘turnkey’’ (siap guna) utama,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan itu di bangunan MITEC, malam kelmarin.

Majlis penyerahan oleh SM Nasarudin kepada Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri yang diwakili oleh Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamad, turut disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Terletak di lokasi strategik di Persiaran Dutamas di sini, MITEC dibina di kawasan seluas 1.5 juta kaki persegi.

Ia adalah ruang pameran terbesar di negara ini dengan kemudahan 11 dewan yang boleh memuatkan sehingga 40,000 pengunjung pada satu-satu masa.

SM Nasarudin berkata MITEC merupakan komponen pertama projek pembanguna­n KL Metropolis Naza TTDI seluas 30.2-hektar dengan nilai pembanguna­n kasar sebanyak RM20 bilion.

“Pelan Induk KL Metropolis itu bakal menjadikan­nya sebagai pusat perniagaan dan komersial utama dengan kediaman serba elegan dalam hab korporat berkelas dunia. Ia juga akan menjadi kawasan pameran dan dagangan antarabang­sa Kuala Lumpur yang baharu,” katanya.-Bernama

 ??  ?? PERASMIAN: Najib (tengah) merasmikan MITEC Jalan Duta di Kuala Lumpur, malam kelmarin. Turut kelihatan (dari kiri) Pengarah Urusan Kumpulan Naza TTDI SM Faliq SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Naza Corporatio­n...
PERASMIAN: Najib (tengah) merasmikan MITEC Jalan Duta di Kuala Lumpur, malam kelmarin. Turut kelihatan (dari kiri) Pengarah Urusan Kumpulan Naza TTDI SM Faliq SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Naza Corporatio­n...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia