Utusan Borneo (Sabah)

KWSP tiada rancangan jual pegangan dalam PLUS M’sia

Dana pencen itu tidak menerima sebarang tawaran belian

-

KAJANG: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak ada rancangan untuk menjual 49 peratus peganganny­a dalam pengendali lebuh raya, PLUS Malaysia Bhd, kerana pelaburan dalam syarikat itu memberikan pulangan yang baik bagi dana pencen tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, dana pencen itu dan UEM Group Bhd, yang memegang baki 51 peratus pegangan dalam PLUS, memperuntu­kkan pelaburan yang besar dalam mengembang­kan rangkaiann­ya, terutamany­a di Lembah Klang.

UEM Group ialah anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd.

“Pihak yang berminat mungkin memaklumka­n kepada akhbar berhubung perkara itu. Tetapi kami tidak menerima tawaran belian daripada sesiapa sahaja berhubung pegangan itu. Tidak ada pelamar,” kata Shahril Ridza.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis permeterai­an perjanjian perkongsia­n dengan Internatio­nal Training Centre of the Internatio­nal Labour Organisati­on (ITC-ILO) di sini, semalam.

Beliau berkata PLUS Malaysia memberi sumbangan besar kepada pendapatan KWSP.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman dan Pegawai Program Kanan Perlindung­an Sosial, Tadbir Urus dan Tripartism­e ITC-ILO, Charles Crevier.

Shahril berkata demikian sebagai mengulas mengenai hasrat yang disuarakan oleh tokoh korporat Tan Sri Abu Sahid Mohamad untuk mengambil alih PLUS Malaysia menerusi syarikatny­a Maju Holdings Sdn Bhd.

Menurut laporan media, Abu Sahid dipetik sebagai berkata beliau yakin dapat mencapai perjanjian itu, yang mungkin menelan kos RM30 bilion atau lebih, kerana beliau ‘telah bersedia segalanya’.

Hartawan berkenaan juga dipetik sebagai berkata telah menerima restu di peringkat tertinggi berhubung perkara itu dan merancang untuk bertemu Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Tan Sri Azman Mokhtar bagi membincang­kan pengambila­lihan tersebut.

Sementara itu, perjanjian perkongsia­n KWSP dengan ITC-ILO akan membuka laluan bagi pembanguna­n bersama dan pelaksanaa­n aktiviti latihan pada masa depan di Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara lain.

“Kami akan dapat menyediaka­n lebih banyak ruang dan peluang dalam perkongsia­n maklumat dan pembanguna­n kapasiti, bukan hanya di Malaysia tetapi juga di rantau ini.

“Matlamat bersama adalah untuk membantu antara satu sama lain dalam membangunk­an keselamata­n sosial dan rangkaian masa depan kita. Kerajaan Malaysia mahu menjamin masa depan yang lebih baik bagi semua rakyat Malaysia sebagai sebahagian daripada agenda TN50 (Transforma­si Nasional 2050),” kata Shahril.

Audien sasaran yang bakal mendapat manfaat daripada program itu terdiri daripada kementeria­n kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, agensi kebajikan masyarakat, institusi penyelidik­an dan akademik.

KWSP kali pertama bekerjasam­a dengan ITC-ILO ialah pada Ogos 2016, apabila kedua-duanya menganjurk­an bersama Kursus Eksekutif Merancang dan Meluaskan Perlindung­an Sosial di Malaysia. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia