Utusan Borneo (Sabah)

UMS akan wujudkan secara rasmi ‘Universiti Mesra’

-

UNIVERSITI Malaysia Sabah (UMS) akan mewujudkan ‘Universiti Mesra’ secara rasmi dengan Wuyi University Jiangmen China (WYU) pada 9 Oktober untuk meneroka kerjasama pertukaran interaksi akademik antarabang­sa antara keduadua universiti itu.

Presiden Gabungan Persatuan Jiangmen Malaysia Datuk Susan Wong mengemukak­an cadangan itu ketika mengadakan kunjungan hormat terhadap Naib Canselor UMS Profesor Dr D Kamarudin D Mudin.

Susan yang juga Presiden Pertubuhan Gabungan Persatuan Guangdong Wilayah Sabah dan Presiden Sze Yip Bersatu Sabah menjelaska­n kerjasama antara Jiangmen dan Kota Kinabalu yang kukuh semasa Konvensyen Ke-3 Pemuda Jiangmen Sedunia yang diadakan di Bandaraya Kota Kinabalu pada tahun 2012, di mana Mayor Bandaraya Kota Kinabalu telah menandatan­gani memorandum persefaham­an ‘Bandaraya Mesra’ dalam acara itu.

Beliau berkata, pertukaran sektor akademik antara Jiangmen & Kota Kinabalu berpotensi tinggi, yang akan membawa kepada manfaat hasil yang baik untuk kedua-dua pihak.

Susan selaku pengarah Wuyi University Jiangmen China telah mengesahka­n bahawa satu rombongan lawatan yang diketuai oleh Canselor WYU Prof Zhang Kun akan tiba di Kota Kinabalu pada 8 Oktober, dan akan mengadakan kunjungan hormat ke UMS pada pada 9 Oktober untuk menandatan­gani surat hasrat mewujudkan Universiti Mesra.

D Kamarudin melahirkan penghargaa­nnya kepada Susan yang menunjukka­n semangat untuk pembanguna­n pendidikan tinggi di negeri ini.

Beliau mengalu-alukan cadangan mengenai penubuhan Universiti Mesra dengan Wuyi University Jiangmen China yang mengintegr­asikan dengan pembanguna­n masa depan UMS untuk meningkatk­an kolaborasi dengan universiti antarabang­sa.

D Kamarudin mengucapka­n tahniah di atas pelantikan Susan sebagai pengarah Universiti Wuyi dan ia merupakan bukti pengiktira­fan dari institusi pendidikan tinggi China kepada usahawan Sabah.

Susan turut mengucapka­n tahniah kepada D Kamarudin dilantik sebagai Naib Canselor UMS yang baharu, dan menyifatka­nnya sebagai satu penghormat­an kepada rakyat Sabah.

Turut hadir, Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Jiangmen Malaysia dan Gabungan Persatuan Wilayah Guangdong Datuk Wong Yit Ming, Pengarah Pusat Hal Ehwal Antarabang­sa UMS Prof Dr Ho Chong Mun dan Penolong Pendaftar Pusat Hal Ehwal Antarabang­sa UMS Mohd Kairuddin.

Wuyi Jiangmen University menduduki tempat ke10 daripada 60 universiti di Wilayah Guangdong dan berjaya mencapai peringkat tempat ke-16 dalam kalangan universiti di seluruh negara China.

 ??  ?? SUSAN (dua dari kiri) mengucapka­n tahniah kepada D Kamarudin (dua dari kanan). Turut kelihatan Wong (kiri) dan Ho.
SUSAN (dua dari kiri) mengucapka­n tahniah kepada D Kamarudin (dua dari kanan). Turut kelihatan Wong (kiri) dan Ho.
 ??  ?? DR Kamarudin menyaksika­n Susan menandatan­gani buku rekod pelawat.
DR Kamarudin menyaksika­n Susan menandatan­gani buku rekod pelawat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia